Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia - TopicsExpress



          

Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya. Ungkapan seharum kasturi juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis. Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi. Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Posted on: Fri, 08 Nov 2013 15:07:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015