Selain dari bantuan polis trafik untuk mengurangkan kesesakan yg - TopicsExpress



          

Selain dari bantuan polis trafik untuk mengurangkan kesesakan yg berlaku setiap pagi dan petang di Labuan ni, ada kah alternatif lain yg boleh dibuat? Menaik taraf jalan kg sg keling - ranca2 kepada 2 laluan? saya rasa sudah tiba masa utk jalan itu dinaik taraf memandangkan itu adalah laluan ke-2 utk pekerja2 industri di ranca2. Dengan keadaan skrg, bukan sahaja jalan utama ke pusat bandar sesak, jalan sg keling - ranca2 juga mengalami kesesakan yg luar biasa. Skrg juga adalah masa utk memikirkan laluan alternatif utk ke pusat Bandar. Jika dulu terdapat sebuah jalan dari kg Nagalang yg dpt menembusi laluan utk ke airport lama Labuan. Apa kata laluan itu diwujudkan semula tetapi melalui jalan pesisir pantai? Betul terdapat kawasan tentera (Membedai) di laluan tersebut. Tetapi kawasan tentera itu boleh dipagar sepenuhnya seperti di Lok Kawi atau tempat2 lain. Laluan pesisir pantai yg dicadangkan ini adalah jalan bertambak. Sudah terdapat laluan seumpama ini di Negara maju yg lain. Tidak salah utk dibangunkan di sini. Jumlah pengguna jalanraya di Labuan ini semakin bertambah. Bukan hanya kereta tempatan tetapi juga kereta dari luar (sabah, Sarawak, brunei & semenanjung). Jadi amatlah diharapkan agar cadangan ini dpt dipertimbangkan & dipikirkan bersama utk kemudahan semua. peace yo..
Posted on: Tue, 28 Jan 2014 00:13:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015