Sempena genap 40 tahun penubuhan Institut Teknologi MARA Cawangan - TopicsExpress



          

Sempena genap 40 tahun penubuhan Institut Teknologi MARA Cawangan Sarawak (ITMCS), bekas pelajar2 ITMCS bercadang untuk mengadakan satu perjumpaan bagi meraikan 40 tahun penubuhannya yang bermula pada Jun 1973 dengan menumpang premis Maktab Perguruan Batu Lintang (BLTC), Kuching, Sarawak. Bagi menjayakan projek besar ini, satu perjumpaan akan diadakan sebagai preliminari kepada himpunan besar bekas pelajar2 ITMCS bagi membincangkan halatuju serta perancangannya agar himpunan besar ini dapat diadakan secara besar2an dengan penuh kegemilangan dan kejayaan. Perjumpaan awal itu akan diadakan seperti berikut : Tarikh 16.11.2013 (Sabtu ) Masa 10.00 pagi Tempat Kelab Tasik Putrajaya, Precint 8. Sesiapa yang berhasrat untuk menyertai perjumpaan kecil ini, sila maklum pada admin.
Posted on: Mon, 11 Nov 2013 07:33:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015