TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN Memperkukuh Latihan - TopicsExpress



          

TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN Memperkukuh Latihan Kemahiran 123. Usaha berterusan akan diambil untuk meningkatkan kualiti latihan bagi menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Oleh itu, Kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah berikut: Pertama: Melaksanakan single tier bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga 3, selama setahun 6 bulan di semua Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM); Kedua: Menaiktaraf dan menyelenggara bangunan serta peralatan di institut latihan JTM seiring dengan teknologi terkini dengan peruntukan 178 juta ringgit; dan Ketiga: Menyediakan dana pinjaman latihan kemahiran berjumlah 330 juta ringgit di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Tabung ini bertujuan menyediakan pinjaman kepada belia lepasan SPM untuk mengikuti kursus latihan kemahiran. Tuan Yang di-Pertua, 124. Belia adalah harapan bangsa. Belia juga aset serta pewaris negara pada hari muka. Kata Ulama, jika baik perilaku dan tingkah belia masa kini, itulah bayangan negara masa hadapan. 125. Dalam hal belia ini, sejumlah 200 juta ringgit diperuntukkan untuk menaik taraf dan melaksanakan pendekatan dua syif di Institut Kemahiran Belia Negara atau IKBN. Antara bidang latihan yang telah dikenalpasti merangkumi automotif, penyelenggaraan marin, kimpalan dan pendawaian elektrik yang akan memanfaatkan lebih 15,000 pelatih IKBN di seluruh negara. 126. Di samping itu, terdapat 13 ribu majikan yang berdaftar dan membuat bayaran levi pada kadar satu peratus daripada upah gaji pekerja ke dalam tabung Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia atau HRDF. Levi ini adalah bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja. 127. HRDF akan menyediakan 400 juta ringgit bagi syarikat yang berdaftar untuk memberikan peluang kepada pekerja mengikuti program upskilling dan reskilling. Peruntukan ini boleh juga dimanfaat oleh syarikat tersebut untuk melatih para apprentice dan bakal pekerja. 128. Bagi mempastikan pekerja dapat mengimbangi kerjaya dan komitmen keluarga, terutamanya pada kaum wanita, satu persekitaran kerja yang fleksibel perlu diwujudkan. Oleh itu, dicadangkan majikan melaksanakan Flexible Work Arrangements yang memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu berada di tempat kerja. 129. Skim ini boleh dilaksanakan dalam bentuk seperti compressed work week, flexi hours dan weekend work. Bagi menarik lebih banyak syarikat Malaysia menjadikan Flexible Work Arrangements atau bekerja sebagai amalan hidup, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan latihan dan fi konsultansi yang ditanggung oleh majikan dalam melaksanakan skim ini diberi potongan cukai tambahan. #Bajet2014
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 09:31:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015