Tentang Kepakaran kami adalah dalam designing dan menghasilkan - TopicsExpress



          

Tentang Kepakaran kami adalah dalam designing dan menghasilkan produk bermesej Islami, agar mesej dakwah dapat ditebarkan, secara kreatif di kalangan masyarakat. Misi ------- MOTTO ------- ~ Dakwah Is Easy, Just Wear It ~ ~ Dakwah Tu Mudah, Pakai Je Lah ~ ------ VISI ------ Untuk mendidik masyarakat untuk memahami Islam dari sumber-sumber yang asal – Quran and Sunnah, secara kreatif. ------- MISI ------- Berterusan mengeluarkan produk-produk kreatif untuk mempromosikan • Ilmu wahyu, berasaskan ayat Quran dan Sunnah Shohihah dari Nabi • Petikan kata-kata generasi terawal Islam (salafussoleh) • Petikan kata-kata ulama’ muktahirin • Keimanan absolute monotheism iaitu tauhid rubbubiyyah • Penolakan terhadap polytheism, syirik dan fahaman sesat yang menyalah gunakan label “Islam” seperti Syiah Rafidhah dan Islam Liberal. Keterangan ------------- LATAR BELAKANG ------------- Algebra Art & Design ialah sebuah entiti perniagaan berdaftar (PG0307448-T) yang mempromosikan mesej-mesej positif berkenaan Islam, kemanusiaan dan patriotism, melalui merchandise kreatif dengan jenama Algebra. ---------------- LOGO ALGEBRA ---------------- Tulisan pada logo Algebra adalah simbol kaligrafi Kufi yang tertulis الجبر الفن والتصميم yang diterjemah sebagai Algebra Art and Design --------------- KENAPA ALGEBRA”? --------------- Masyarakat awam maklum tentang perkataan Algebra. Perkataan ini memberi inspirasi yang tinggi kepada kami. Perniagaan ini menggunakan Algebra sebagai brand name kami untuk mengiktiraf dan menunjukkan rasa hormat dan bangga kami kepada hasil kerja ilmuan Islam yang membina konsep Algebra dalam bidang matematik. Ilmu Algebra moden dibina oleh seorang ilmuan Islam, yang amat disegani di Timur dan di Barat – Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi. Di barat, Al-Khawarizmi dikenali sebagai s al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Gorismi dan dengan beberapa nama lain. Perkataan Algebra, pertama kali disebut oleh Al-Khawarizmi di dalam buku teks Matematik yang ditulisnya iaiatu Al-Kitab Al-Mukhtaṣar Fi Hisab Al-Jabr Walmuqabala (Arabic : الكتاب المختصر في حساب الجبر والمقابلة) yang ditulis pada 830 CE. Buku itu, sehingga kini menjadi rujukan utama dalam bidang Matematik di Timur dan Barat.
Posted on: Sun, 17 Nov 2013 16:55:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015