hari ini, badan, jiwa, akli dan hati bagai terputus dua, - TopicsExpress



          

hari ini, badan, jiwa, akli dan hati bagai terputus dua, sebahagian mesti hadir pada majlis PERKAMUS di Joo Chiat bermula 3 petang, yang sebahagian lagi ingin menghadiri pelancaran buku Antologi Bebas Melata Melantun Kasih di Jurong East Library pada waktu yang sama di mana 5 daripada sajak-sajakku terkandung di dalamnya juga. Cuma berita baik yang aku terima semalam, menurut sebuah syarikat pengedar buku tempatan, buku pertamaku yang berjudul "Ilham Spontan" telah dibeli oleh seorang wakil dari World Library Congress untuk dibawa pulang ke Amerika Syarikat. Semoga berita itu benar. Apapun, tetap alhamdulillah, dan segala puji hanya bagi Allah :)
Posted on: Sat, 31 Aug 2013 02:32:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015