Ada orang cakap sakit senggugut tu 1/3 daripada sakit nak - TopicsExpress



          

Ada orang cakap sakit senggugut tu 1/3 daripada sakit nak bersalin. Tak dapat nak sahkan. Apapun senggugut memang menyeksakan. Kalau sape yang senggugut teruk tu mahu bergulung macam tenggiling je kat atas katil sampai nak bangun pun tak daya dah. Sedikit tips menghadapi senggugut: 1) Kalau kat hostel selalu buat. Panaskan air pastu cari botol mineral letak air yang panas tadi (campur la air sejuk gak, nanti kemek botol tu) kat dalam botol mineral tersebut. Amek botol mineral yang suam2 tu tuam la kat perut. Insyaallah dapat mengurangkan sedikit rasa nyeri dan sakit. Tak pun panaskan iron sekejap, pastu tutup la suis, amek kain lapik dan tuam la guna iron tu. 2) Ni kawan aku punya cara sebab dia kalau tujuh hari period, tujuh hari la sengsara senggugut. Dia makan nenas sebab nak cepatkan proses period tu. Tapi ada yang cakap tak elok makan nenas time period sebab nenas sifatnya tajam (asid). Kalau takde nenas dia belasah air coke/pepsi. Tak disarankan. 3) Cara ni memang selalu dipraktikkan iaitu tidur. Tidur adalah cara alami untuk menghilangkan senggugut yang biasa2 je. Biarkan rasa sakit tu sampai tertidur dengan sendirinya, insyaallah lepas bangun akan berkurang kesakitan tersebut. Sangat disarankan. 4) Cara ni tak digalakkan sebab tak elok bergantung dengan ubat. Boleh amek panadol menstrual yang kaler pink tu. 5) Jumpa doktor gerenti kena cocok punye kalau cakap tak leh tahan sakit. Selalu jumpa dokte mesti buat muka kesian nak MC je tapi tak nak kena cocok. Bila dokte tak nak bagi MC rasa nak karate je...dush2. 6) Elakkan minum minuman berais, lebihkan minum air suam atau air kosong. 7) Pastikan badan sentiasa hangat. Sapu minyak kat kaki, betis sebab selalu time period memang akan kejang kaki dan betis. Pakai stoking untuk pastikan kaki hangat. 8) Minum air rebusan halia supaya darah berjalan lancar dan badan hangat. Air rebusan halia juga dapat menghindarkan bau yang tak best masa period (jangan lebih2 lak minum mau panas terlampau nanti). 9) Beberapa hari sebelum period aktifkan diri dengan bersenam ke. Itu antara tips yang dapat dikongsikan untuk menghadapi senggugut. Mungkin sahabat2 lain ada tips lain untuk ditambah dan dikongsi bersama....:)
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 04:04:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015