Air bukan untuk diniagakan Air tidak boleh dianggap sebagai - TopicsExpress



          

Air bukan untuk diniagakan Air tidak boleh dianggap sebagai sumber ekonomi negara atau aset sesuatu kerajaan. Air adalah salah satu daripada keperluan kehidupan yang wajib dikongsi oleh orang ramai tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Manakala urusan pembekalan air kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan dan bukannya untuk dijual beli sesama syarikat kapitalis. Kerajaan bertanggungjawab untuk menguruskan aspek perbekalan bermula daripada pembinaan takungan, rawatan dan pengagihan. Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam bersabda, “Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]. Hadis ini menerangkan dengan jelas bahawa air adalah suatu yang dikongsi bersama oleh semua manusia dan dilarang (haram) ke atas mana-mana pemerintah atau syarikat atau individu menjadikan urusan bekalan air kepada rakyat suatu asset untuk menjana keuntungan. Pemerintah yang mengaut keuntungan hasil dari sumber air ini hanyalah pemerintah Kapitalis yang menanti azab Allah di akhirat kelak.
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 10:08:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015