Andai aku mampu menahan waktu dari terus berlalu, biarlah engkau - TopicsExpress



          

Andai aku mampu menahan waktu dari terus berlalu, biarlah engkau kekal sebagai puteri kecilku. Bantulah aku untuk terus memelukmu, mendakap erat seluruh tubuhmu lalu kemudian, lama ku bawa dikau dalam pelukan.Seringkali pada ruang tersimpan, mahu menggendongmu di pundakku.Aku juga mahu terus menyuapi mu dalam santapan yang penuh selera, (ketika telur goreng mudah bersalut kicap pekat itu masuk ke mulutmu, alahai berseleranya engkau dan aku turut berasa penuh menyaksikan engkau kekenyangan).Beri aku lebih lama peluang untuk terus membangkitkan tidurmu dengan ciuman paling hangat di dahi sebelum engkau kemudian ku sirami dengan dingin air pagi....Tetapi tahulah aku, sesungguhnya aku hanya seorang ibu tua yang tidak punya apa-apa mukjizat kuasa. Realiti yang perlu kudepani ialah seiring sakura pagi mengorak kelopak, di situ dewasamu menginjak. Ìbumu perlu tua, untuk engkau jadi dewasa seiring usia perjalanan hidup kita.Ingatlah anak, pada pesan Ibumu yang takkan pernah akhir -Hiduplah dikau dengan memberi sebanyak-banyaknya. Gembiralah kau atas kegembiraan orang lain, berduka lah dikau atas nestapa insan lain. Kejar ilmu hidup, jadi insan yang berguna untuk Tuhan dan lain insan. 161113-Selamat ulangtahun ke-6 buat puteriku, Tengku Zafirah Syazli, syorga di hati mommy....
Posted on: Fri, 15 Nov 2013 23:00:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015