BSN lulus 2,208 pinjaman skim teksi bajet 30 September 2013* BANK - TopicsExpress



          

BSN lulus 2,208 pinjaman skim teksi bajet 30 September 2013* BANK Simpanan Nasional (BSN) menerima 2,915 permohonan bagi Skim Pinjaman Teksi Bajet (SPTB)nya, dan meluluskan 2,208 pinjaman bernilai RM92 juta hingga 18 September tahun ini. Setakat ini, bank itu telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM70 juta. Bank itu bertindak sebagai platform bagi inisiatif kerajaan seperti SPTB dan skim Teksi 1Malaysia (TEKS1M). Mengenai kelulusan pinjaman TEKS1M, bank itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia merupakan perantara dalam keseluruhan proses. "Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memainkan peranan berbincang dengan pemandu teksi dan mengeluarkan permit, manakala bank ini adalah peringkat berikutnya bagi permohonan pinjaman dan pengeluaran pinjaman, sebelum mereka ke Proton bagi penyerahan kereta," jelasnya. BSN juga berkata tidak berlaku sebarang kelewatan dalam pemprosesan permohonan pinjaman di bawah skim TEKS1M, dan permohonan mengambil masa lima hari bekerja untuk diproses, bergantung kepada kecukupan dokumentasi yang dikemukakan. Bank itu berkata ia menerima 91 permohonan TEKS1M di bawah Fasa Satu sesi perbincangan SPAD dengan pemandu teksi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sebanyak 73 permohonan telah diluluskan, manakala 18 lagi ditolak. Bagi Fasa Dua, yang melibatkan pemandu teksi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru, ia menerima 690 permohonan. Hingga 18 September tahun ini, BSN telah menerima 781 permohonan bagi skim TEKS1M.SH
Posted on: Mon, 30 Sep 2013 15:15:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015