Baca la kalau larat ye... Sejarah bangsa Melayu tidak seperti - TopicsExpress



          

Baca la kalau larat ye... Sejarah bangsa Melayu tidak seperti orang Arab. Dalam tamadun sebelum bermulanya episod Melaka (sekitar 1410 Masehi) dan sebelum datangnya Islam, orang Melayu hidup gemilang cerdik dengan ilmu dan disebut-sebut pula mengenai kegemilangan mereka di serata dunia sehingga ke Eropah. Banyak tamadun lain yang berminat untuk berurusan dengan orang Melayu di rantau mereka di sebelah sini. Catatan Mesir purba juga memberi petunjuk mengenai hubungan dagang mereka dengan negarakota-negarakota orang Melayu, teks-teks dari China juga membuktikan bahawa mereka berminat untuk menjalankan urusan dengan orang Melayu, begitu juga India (Kalinga), itu belum lagi disebut lain-lain tamadun yang sezaman dengan Sriwijaya dan era Melaka. Orang Melayu memiliki sejarah yang gemilang dan dihormati pula oleh sahabat-sahabatnya. Berita mengenai kemakmuran perdagangan di dunia Melayu tersebar ke serata dunia, berita itu sampai melalui pintu-pintu laut (pelabuhan) di seluruh dunia, berita itu akhirnya sampai ke telinga orang Eropah. Sampaikan di Belanda dan beberapa lagi negara orang putih, mereka selitkan sejarah orang Melayu dalam silibus sekolah mereka. Begitulah gemilangnya sejarah orang Melayu sehingga orang Eropah sendiri sekali-sekala mengeji-keji sikap Portugis yang rakus menawan kemakmuran Melaka. Melayu gemilang sejak sebelum datangnya Islam. Melayu bertambah gemilang dan bertambah tinggi pekerti mereka apabila memeluk dan mencium harumnya agama Islam. Nilai-nilai Islam dipeluk erat dan dikunci kemas di dalam hati. Begitu sayangnya orang Melayu terhadap Islam, begitu megahnya orang Melayu mempertahankan Islam, begitu bermaruahnya Melayu meninggikan Islam. Tumpah darah setitik tidak mengapa, tumpah darah sebelanga pun tidak mengapa, tumpah nyawa sekalipun tidak mengapa, asalkan Islam tidak calar atau luka, mereka bersedia mati untuk bertemu Tuhan mereka. Melayu megah mempertahankan agama, mempertahankan saudara-saudara mereka yang sama agama dengan mereka, mempertahankan bangsa mereka demi kelangsungan agama mereka di tanah mereka sendiri, mahu Islam kekal seadanya. Itu kisah klasik yang tercatat dalam lembaran sejarah lama. Sejarah orang Melayu tidak bermula dengan Melaka. Tetapi kegemilangan orang Melayu mengangkat Islam sebagai agama amat bersinar di Melaka. Di sini, kita tidak pula mahu bercerita panjang mengenai Islam di Melaka. Ia sekadar memberi kefahaman mengenai tanggungjawab bangsa yang menganut Islam dalam mempertahankan agama mereka, selepas mereka menjadi lebih gemilang kerana patuh kepada ajaran agama mereka. Orang Melayu memeluk, mengangkat, menjulang tinggi dan memartabatkan Islam di rantau ini. Sebaik sahaja Islam diangkat sebagai agama yang dianuti oleh semua orang Melayu (pada awal era Islam di tanah orang Melayu), cara hidup orang Melayu berubah perlahan-lahan mengikut ajaran Islam. Andai orang Melayu tidak memeluk Islam selepas raja-raja mereka memeluk Islam, maka tidak mungkin Islam akan menjadi agama di kalangan orang Melayu. Jika orang Melayu tidak memilih Islam, maka Islam juga tidak bertapak di negeri orang Melayu, dan maka tiadalah Islam di tempat orang Melayu. Tetapi Allah Yang Maha Penyayang memilih orang Melayu kerana Dia Maha Mengetahui setiap apa yang tidak diketahui oleh orang Melayu. Allah Maha Mengetahui memilih orang Arab yang serba tidak mengetahui untuk dibangkitkan seorang nabi paling agung di kalangan mereka kerana Allah mengetahui setiap apa yang orang Arab tidak ketahui. Daripada menganut agama Hindu sejak beratus tahun, orang Melayu beralih meninggalkan agama itu dan kemudian memeluk Islam tanpa berpaling tadah lagi. Tidak hanya itu, orang Melayu sangat setia meletakkan Islam di tempat paling tinggi. Melayu, Islam itu agama mereka. Maruah orang Melayu, mereka letakkan sebaris dengan maruah kesucian agama Islam. Andai tercemar maruah Islam di negeri orang Melayu, maka tercemarlah juga maruah orang Melayu. Begitu sebati hati nurani orang Melayu terhadap Islam. Orang Melayu berjuang demi agama mereka dan tidak berpaling tadah, mereka berjuang gagah bersama maruah mereka yang sebati dengan Islam. Islam itu maruah mereka. Andai Islam dicerca di negeri (tanah air) mereka, maka menyiraplah darah orang Melayu bermandikan amarah. Islam itu maruah mereka, agama yang disayangi oleh orang Melayu. Kalau agama mereka diusik, hati mereka juga akan turut sama terusik. Kalau orang Melayu tidak memartabatkan maruah mereka, maka umat mana lagi yang mahu menolong mereka untuk berbuat demikian? Mengapa Islam begitu dipertahankan oleh orang Melayu? Ia kerana Islam telah mengangkat martabat orang Melayu sehingga menjadi satu bangsa yang lebih berbudi pekerti. Namun, budi pekerti orang Melayu jadi semakin nipis senipis kulit bawang sejak mula lalai dalam menjalankan tanggungjawab terhadap agama. Mengapa Islam begitu dipertahankan oleh orang Arab? Ia kerana Islam telah mengangkat martabat orang Arab daripada bersikap garang berbudaya jahil tidak tahu apa-apa kepada menjadi satu bangsa yang berilmu, berbudi pekerti mulia sebagaimana ditunjukkan oleh para sahabat Nabi Muhammad. Namun, orang Arab juga dilanda masalah dan masih ada sisa fahaman kabilah yang muncul kembali sejak mereka mula lalai. Martabat apa yang diangkat oleh Islam untuk orang Melayu? Ia martabat yang membezakan. Apakah yang membezakan? Nikmat yang membezakan. Nikmat apakah itu? Nikmat iman yang membezakan antara manusia yang mendapat petunjuk Allah dengan manusia yang tidak mendapat petunjuk Allah. Nikmat iman. Apabila orang Melayu teguh iman, mereka akan duduk rapat memahami isi kandungan al-Quran dan mentaati setiap perintah Allah supaya nikmat itu tidak ditarik semula. Mereka pula akan mempelajari sekian banyak ilmu yang diturunkan Allah di dalam al-Quran. Orang Yahudi jadi bijak kerana mereka mengkaji ilmu yang terdapat dalam wahyu-wahyu terdahulu, malah mereka juga mengkaji al-Quran yang sememangnya mereka tahu al-Quran itu adalah wahyu terakhir yang sangat banyak ilmu dari Allah. Martabat orang Melayu akan terus diangkat oleh Allah sekiranya mereka taat kepada perintah Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Malangnya, orang Melayu tidak mempertahankan maruah mereka, mereka generasi Melayu moden hari ini sudah tidak mempertahankan Islam. Malah, mereka memisahkan Islam daripada maruah orang Melayu. Dan mereka kata, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, lalu menyisihkan perjuangan bangsa yang sejak dahulu mempertahankan Islam. Memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa yang menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan agama-Nya. Galak pula yang berkata: “ada apa pada Melayu? Allah tidak memandang bangsa, tetapi Allah memandang sikap taqwa.” Memang benar Allah hanya memandang sikap taqwa kerana Allah terang-terang menyebutnya dalam al-Quran, tapi bukankah Allah juga menyebut bahawa Dia menciptakan manusia berbilang bangsa. Maka, sesuatu bangsa yang menganut agama Allah wajib mempertahankan agama-Nya. Ingatlah juga kepada ayat Allah yang mana Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri. Untuk mengubah nasib, maruah bangsa itu juga harus dipertingkat dan dipertahankan. Orang Melayu begitu banyak berhutang terhadap Islam. Islam telah mengangkat maruah dan martabat orang Melayu ke tahap yang lebih tinggi, itulah hutangnya, dan hutang itu semakin tidak mampu dibayar oleh orang Melayu moden hari ini kerana tidak lagi menempatkan maruah mereka bersama Islam. Islam mengajar kita menjaga maruah dengan melarang (mengharamkan) perbuatan zina, mendedahkan aurat, minum arak sehingga terpelanting akal dan banyak lagi perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri. Kalau larangan-larangan itu tidak dipatuhi, hilanglah maruah diri. Keturunan akan tercemar apabila lahir anak akibat zina, maruah diri akan tercemar apabila susuk tubuh menjadi tontonan umum akibat tidak menutup aurat dengan sempurna, berjalan terhuyung-hayang seperti anjing gila sehingga jatuh martabat sebagai manusia berakal akibat minum arak. Bermaruahkan seperti itu? Selepas itu, muncul suara-suara yang memerli sikap orang Melayu yang tidak menjaga maruah mereka, suara-suara itu berbunyi: “Itulah orang Melayu, mudah lupa diri. Itulah orang Melayu, memalukan. Itulah orang Melayu, segala-galanya lemah.” Akibatnya, muncullah orang-orang Melayu yang malu kepada bangsanya sendiri, mereka hanya tahu merungut. Muncullah suara-suara itu yang malu kepada bangsa sendiri kerana orang Melayu terlalu lemah sehingga perlu dilindungi melalui Perlembagaan Negara. Adakah hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara itu merupakan satu perkara yang memalukan? Perlu ingat satu perkara, Allah tidak memandang bangsa tetapi Allah memandang sikap taqwa. Jika ada orang yang membuat perkara terkutuk dan melampaui batas, tidak perlulah diherdik bangsa mereka dan mengisytiharkan diri itu malu dengan bangsa sendiri. Tegurlah sikap mereka, tetapi bukan merendah-rendahkan bangsa mereka kerana setiap bangsa memang selalu ada orang baik dan orang yang tidak (belum) baik. Bukankah Perlembagaan Negara itu menjamin kedudukan Islam yang dianuti oleh orang Melayu di negara ini? Adakah perlu malu disebabkan Islam, agama yang dipeluk orang Melayu diletakkan begitu tinggi dalam perlembagaan? Adakah perlu malu apabila majoriti orang Islam (Melayu) di negara ini dijamin hak mereka di dalam negara ini? Dipusing lagi, kata mereka (orang-orang Melayu sendiri), perlembagaan itu dikarang oleh penjajah. Oleh itu, mereka malu. Jika malu dengan perlembagaan yang dikarang penjajah, cuba cabar untuk pinda hak Islam dan Melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan, cabar dan ubah keseluruhannya dengan tangan sendiri, ubah semua sekali dengan memisahkan hak Melayu daripada Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan kerana teguh tanpa berfikir panjang merasakan Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, dan bangsa Melayu tidak perlu lagi diletakkan sebaris dengan Islam. Maka bertepuk tangan gemuruhlah orang kafir di negara ini kerana orang Melayu beragama Islam sendiri mempertikaikan jaminan terhadap orang Melayu seperti yang dikarang dalam perlembagaan hanya kerana perlembagaan itu dikarang oleh penjajah. Maka letaklah hak orang Melayu beragama Islam itu sebaris dengan bangsa lain yang bukan Islam hanya kerana mendukung liberalism dan hak sama rata. Mereka kata Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula orang Islam (Melayu) di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Cukup tinggikah Islam kalau orang Islam yang majoritinya Melayu diletakkan sama baris dengan orang bukan Islam? Seseorang Amirul Mukminin akan selalu meletakkan umat Islam di tempat paling tinggi dan bermaruah berbanding umat-umat yang bukan Islam, pada masa yang sama tidak berbuat aniaya kepada orang bukan Islam. Diulang sekali lagi, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula orang Islam (Melayu) di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Islam itu agama, bangsa manusia itu adalah penganutnya. Bangsa yang menganut itu pula dipanggil Muslim atau umat Islam. Ulang lagi, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula umat Islam di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam? Bagaimana mahu meletakkan Islam di tempat tinggi kalau umatnya hanya diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam? Memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa yang menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan agama-Nya. Bangsa yang menganut Islam itulah yang akan meletakkan sesama umat di kedudukan lebih tinggi supaya terbela agama mereka. Kita tidak menyokong penjajah dalam isu perlembagaan kerana penjajah membuat air mata kita mengalir. Tetapi, hak orang Islam dan hak orang Melayu (termasuk institusi raja-raja) dijamin tinggi dalam perlembagaan. Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang diajarkan Islam. Lemah sehingga terlalu bergantung harap kepada bantuan. Pendudukan British di Tanah Melayu juga menyumbang kepada lahirnya sikap yang suka bergantung harap terhadap British di kalangan orang Melayu. Semasa zaman British di Malaya, orang Melayu yang hidup miskin terlalu bergantung harap kepada British. Malah ada orang Melayu sendiri ketika itu berfikir bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa British. Tidak perlu berbicara panjang mengenai perkara ini, ia satu episod sejarah sangat memilukan yang pernah melanda orang Melayu. Air mata senang-senang boleh menitis apabila mengenangkan kisah sedih itu. Mereka berkata lagi, orang Islam di negara ini tidak semestinya orang Melayu sahaja, ada juga bangsa lain yang beragama Islam. Memang benar, kita tidak bantah kenyataan itu. Tetapi ingatlah bahawa Allah tidak memandang bangsa, Allah memandang sikap taqwa, kita setuju lagi dengan kenyataan bahawa Allah memandang ketaqwaan manusia. Cuba pandang satu sudut, Islam diletakkan tinggi dalam negara ini walaupun tidak semua mengamalkan Islam dalam ketekunan yang tinggi. Walau apa pun bangsa mereka asalkan mereka orang Islam, hak mereka itu lebih tinggi daripada orang bukan Islam. Jadi, mengapa mahu meletakkan hak orang Islam itu sama tingginya dengan hak orang bukan Islam atas nama tuntutan hak sama rata dan liberalism? Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang diajarkan Islam. Maruah mereka (sebilangan besar, bukan semua) sudah tidak lagi bersama Islam. Mereka kata mereka membela Islam, tetapi mereka mahu meletakkan umat Islam duduk sebaris sama tinggi dengan orang bukan Islam. Mereka mahu meletakkan maruah Islam sama baris dengan maruah hak sama rata. Bukanlah ia bermaksud umat Islam harus menafikan hak orang bukan Islam. Umat Islam juga harus sedar bahawa Allah memerintahkan kita berlaku adil dalam menjalankan keadilan dengan tidak menganiaya kaum lain. Berlaku adil dalam konteks Islam adalah tidak sama pengertiannya dengan liberalism hak sama rata. Bangsa Melayu perlu bersemangat memperjuangkan bangsa mereka yang menganut Islam. Tidak boleh membenci bangsa lain. Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan sikap yang terpuji kepada kita semua. Abdullah bin Salam, seorang Yahudi yang dahulunya pendeta terkemuka di kalangan orang Yahudi di Mekah, dia ada ilmu mengenai kitab Taurat dan selalu peka dengan maksud kata-kata Nabi Musa mengenai kehadiran manusia agung dari kalangan saudara orang Yahudi, dia berhidup di tanah orang Arab kerana dia tahu orang Arab itu adalah saudara terdekat orang Yahudi, selepas dia mengetahui peristiwa wahyu pertama yang mana kata-kata Allah dimasukkan ke dalam mulut Muhammad, dia terus memerhatikan tanda-tanda kenabian Muhammad seperti yang diberitakan oleh Musa, dia kemudian menemui baginda rasulullah dan memeluk Islam, dia juga salah seorang sahabat Nabi Muhammad, sahabat setia, nabi pula memberi layanan yang baik kepada Abdullah bin Salam walaupun dia seorang Yahudi. Islam mengajar kita supaya memandang sikap taqwa, bukan memandang bangsa. Itu betul, sangat betul kerana nabi menunjukkan teladan melalui layanan baik baginda terhadap Abdullah bin Salam. Allah menegur orang Yahudi di dalam al-Quran, tetapi di dalam al-Quran juga Allah menyebut bahawa Dia tidak memandang bangsa dan Dia memandang sikap taqwa. Jadi, teguran itu adalah terhadap sikap orang Yahudi yang degil tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa Muhammad, Allah menegur sikap mereka yang tidak mahu bertaqwa, Allah melaknat orang Yahudi yang tidak mahu bertaqwa, tetapi adakah Allah melaknat Yahudi yang memeluk Islam seperti Abdullah bin Salam? Seruan dan risalah Nabi Muhammad adalah untuk semua bangsa manusia termasuklah Yahudi. Kalau orang Yahudi berbondong-bondong memeluk agama Allah dan mengakui kerasulan Muhammad, adakah mereka tetap akan dilaknat? Jadi fahamlah bahawa, Allah melaknat orang Yahudi yang degil dan tidak mahu mengakui kerasulan Muhammad, manakala orang Yahudi yang memeluk Islam akan terselamat daripada kemurkaan Allah. Wallahualam. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Daripada keterangan itu, sudah jelas bahawa Allah memandang ketaqwaan. Umat Islam wajib percaya dengan kenyataan itu kerana Allah menyebutnya dalam al-Quran. Allah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa, itu juga kenyataan yang kita wajib akur. Setiap manusia itu ada identiti bangsanya, ini juga kenyataan yang kita wajib akur kerana Allah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa. Manakala manusia yang mempunyai identiti bangsanya itulah yang menganut agama Allah. Jika bangsa itu berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah, seperti yang dibuat oleh orang Melayu yang berbondong-bondong memeluk Islam, maka bangsa Melayu menggalas tanggungjawab untuk meletakkan umat Islam di negara ini (iaitu diri mereka sendiri) di tempat yang sewajarnya dengan cara memartabatkan ketinggian agama Allah. Untuk memartabatkan ketinggian agama Allah, umat Islam wajar memartabatkan maruah diri mereka terlebih dahulu supaya berada di baris yang sepatutnya, apabila maruah diri diletakkan di tempat sewajarnya, baharulah mereka akan lebih bermaruah untuk membela maruah agama mereka. Seseorang yang mahu mempertahankan maruah orang lain harus mempertahankan maruah dirinya terlebih dahulu. Ia kerana apabila orang yang tidak ada maruah mahu mempertahankan orang yang tinggi maruah.., dikhuatiri orang yang tinggi maruah itu akan dituduh sebagai turut sama tidak bermaruah kerana dilindungi oleh orang yang sedia diketahui sebagai orang yang tidak bermaruah. Hak sama rata bagi semua kaum dituntut melalui jalan politik. Sebilangan politikus di kalangan orang Melayu juga beria-ia mahu menuntut hak sama rata bagi semua kaum. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Islam itu pula dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Itu realiti, bukan satu kenyataan yang sengaja dibelit-belit kerana setiap manusia yang lahir itu ada identiti bangsanya melainkan seseorang manusia itu lahir di satu kawasan yang tiada manusia lain yang membantu membentuk identitinya sehingga dia tidak mengetahui asal usul keturunanya. Jika tiada langsung manusia lain pun di sekitar tempat manusia itu lahir, bayi yang dilahirkan itu masih ada ibunya dan ibu itulah yang memberitakan mengenai bangsanya dan asal usulnya. Namun jika ibunya itu mati sebaik sahaja melahirkan bayi itu, maka bayi itu jika panjang umur tanpa susu ibunya dan dapat pula terus hidup dan membesar menjadi dewasa, baharulah dia menjadi manusia yang tidak mengenal asal usul dan juga keturunannya. Hakikatnya, bayi itu mempunyai titisan darah bangsa yang mengalir dalam tubuhnya meskipun dia tidak mengetahui asal usulnya kerana sememangnya manusia itu dilahirkan berbangsa-bangsa. Seseorang manusia yang dilahirkan dalam sesebuah bangsa yang menganut Islam itu pula disebut sebagai umat Islam. Kita tidak membuat kenyataan yang berbelit-belit, sebaliknya kita menjelaskan perkara ini kerana ia cukup jelas sebagaimana Allah menerangkan bahawa Dia menciptakan manusia itu berbilang bangsa. Islam itu dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Bangsa yang menganutnya pula kita sudah jelaskan bahawa bangsa itu disebut sebagai umat Islam. Maka apabila dikatakan Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, maka umat Islam dari kalangan bangsa yang menganutnya akan turut tinggi sama. Masalah dalam fahaman politik yang memperjuangkan hak sama rata tanpa memahami pengertian hakikat bahawa manusia dilahirkan berbangsa-bangsa adalah sesuatu yang mengelirukan. Keliru itu timbul apabila gagal memahami pengertian bahawa sesuatu bangsa yang menganut Islam itu juga dipanggil sebagai umat Islam. Apabila Islam diletakkan tinggi, maka umatnya pun diletakkan tinggi juga. Jadi apakah bangsa majoriti yang menjadi umat Islam di Malaysia? Dan, wajarkah umat Islam diletakkan sama baris dengan orang bukan Islam,sedangkan Allah memerintahkan supaya umat Islam membela sesama umat? Ini bukan kenyataan racist, sila ambil faham lagi, sebagai umat Islam yang taat, kita juga dituntut supaya memberi keadilan kepada kaum lain, sudah jelas perintah Allah, kan? Jadi, sebagai pemimpin yang beragama Islam, wajibkah pemimpin itu meninggikan umat yang sama agama dengannya? Apabila wajib dan perlu, maka kenapa pula umat Islam perlu diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam? Bukankah Islam itu lebih tinggi daripada bangsa? Tingginya Islam itu kerana adanya suatu bangsa manusia itu atau bangsa-bangsa manusia yang menganutnya. Tingginya martabat bangsa itu kerana mereka menganut agama Allah, martabat mereka ditinggikan oleh Allah. Mengapa pula ada manusia yang mahu merendahkan martabat bangsanya apabila Allah meninggikan martabat mereka kerana menganut agama-Nya? Maka jika kamu dari kalangan anak bangsa itu, tinggikanlah atau martabatkanlah bangsa kamu yang menganut agama Allah. Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, umat Islam pula dari kalangan bangsa manusia, meninggikan Islam itu tidak akan membawa apa-apa makna andai umatnya dari kalangan bangsa itu tidak turut tinggi sama. Janganlah perjuangan bangsa yang menganut Islam diketepikan hanya kerana mengejar tuntutan slogan hak sama rata dan liberalism yang tidak betul-betul dimengertikan matlamatnya dengan sebaik-baiknya. Kalau masih berkeras mahu meletakkan orang bukan Islam di negara ini duduk sebaris dengan umat Islam, maka berusahalah dengan keras supaya orang bukan Islam itu berbondong-bondong masuk Islam, apabila mereka beramai-ramai memeluk Islam maka dengan sendirinya akan sama tinggilah semua bangsa di bawah naungan Islam. Itulah cara yang betul. Hak sama rata tidak betul, liberalism juga tidak betul. Berdakwahlah. ------ “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11) “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran, al-Maedah: 8)
Posted on: Tue, 22 Oct 2013 03:04:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015