Bismillah. Inspirasi Buat Calon Penulis ... Ketika saya mula - TopicsExpress



          

Bismillah. Inspirasi Buat Calon Penulis ... Ketika saya mula tulis ebook, saya terfikir 101 soalan. Antaranya, "Ada ke orang nak beli karya aku?" "Siapa nak baca karya aku?" "Betul ke cara aku tulis?" Dan pelbagai soalan yang menjengah fikiran. Apabila saya hadir ke Konvensyen Mini Penulisan, ada persoalan tentang apa yang penulis patut bersedia sebelum menghadapi kekecewaan dalam industri penulisan. Mungkin andai karya kita tidak laku. Kemudian, salah seorang panelis menjawab, "Telah terbit sekurang-kurangnya 1 karya itu sudah lebih baik daripada tidak terbit apa-apa." Apa yang boleh saya belajar adalah, - Tulis sahaja dan perbaiki pada masa hadapan untuk terbit karya yang lebih baik - Sekurang-kurangnya, pastikan ada karya yang sudah berjaya diterbit walau 1 Oleh sebab, telah terbit walau 1 karya sama ada dalam bentuk digital atau fizikal, di situlah bermulanya penjanaan saham akhirat kita. Apabila pembaca dapat manfaat, insyaAllah kita dapat pahala. Saya bermula dengan penerbitan ebook untuk test market. Setelah ada follower, maka insyaAllah lebih mudah menjual apabila telah terbit buku. Penerbitan ebook memerlukan orang lain (sama ada diri sendiri atau pembantu) untuk penghantaran link muatturun. Di samping kos yang perlu dibayar tiap tahun/bulan (domain, hosting). Tetapi penerbitan buku, 100% diuruskan oleh pihak penerbit. Yakni, kita (penulis) hanya tulis > hantar manuskrip kepada penerbit > terbit buku > jual kepada pembaca. Saya berkata kepada diri saya sebagai pencetus untuk terbit lebih banyak karya, "Jangan sampai aku menyesal kerana tidak terbit karya untuk jadi legasi, setelah aku tiada suatu hari nanti." Astagfirullah.
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 15:35:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015