Casuals merupakan salah satu bahagian dari budaya di dalam bola - TopicsExpress



          

Casuals merupakan salah satu bahagian dari budaya di dalam bola sepak, yang beridentitikan dengan hooligansime dan pakaian-pakaian mahal berjenama. Sub kultur ini lahir pada akhir dekad 70-an, di Britain, dimana ketika itu banyak para hooligan kelab-kelab bola sepak mula mengenakan pakaian-pakaian mahal untuk menghindari perhatian polis. Mereka tidak lagi mengenakan pakaian-pakaian atau logo-logo kelab kesayangan mereka, agar tidak dikenali, sehingga lebih mudah untuk menyusup kelompok musuh dan untuk masuk kedalam pub. Jenis-jenis muzik yang disukai oleh para Casuals pada akhir dekad 70-an adalah Oi!, Mod, dan Ska. Tak heran, kerana beberapa Casuals itu merupakan pengikut dari sub kultur skinhead, mod, dan rude boy. Pada era 80-an, selera muzik Casuals bersifat eklektik alias campur-campur. Pada akhir tahun awal 80-an dan 90-an, mereka cenderung menyukai scene Madchester (co: The Stone Roses), dan Rave. Dan di era 90-an saat sub kultur alternatif baru yang bernama Britpop, yang digunakan untuk melawan arus Grunge, para Casuals ini pun menjadi penggemar Britpop. Ada pengaruh kuat dari budaya Rave terhadap Casuals, rave sendiri cenderung menyerukan perdamaian, sehingga banyak dari Casuals ini yang mengenakan pakaian-pakaian khas mereka, namun justru menjauhkan diri dari tindakan hooliganisme. Kadang-kadang banyak band-band yang bergaya Casuals semasa dipentas dan dalam sesi pengambaran, seperti yang dilakukan Damon Albarn dan kawan-kawan di BLUR dalam video “Parklife” Sejak itu Brutal pop khas BLUR (kadang2 disebut juga indie rock) telah menjadi jenis musik yang paling disukai oleh Casuals. SEJARAH Sejak pertengahan dekad 50-an, para penyokong bola sepak inggeris sudah mulai terpengaruh dengan gaya berpakaian Teddy Boys, yang tumbuh pada masa itu. Dan asal-usul budaya Casuals sendiri dapat dilihat dalam sub kultur Mod pada awal 60-an. Para pemuda pengikut sub kultur Mod, mula membawa gaya berpakaian mereka ke dalam budaya bola sepak. Kemudian pengikut-pengikut sub kultur lain seperti Skinhead juga membawa gaya berpakaian Casual kedalam bola sepak Dengan kebangkitan sub kultur Mod pada akhir 70-an, Casuals mula tumbuh dan berubah setelah penyokong Liverpool, memperkenalkan jenama-jenama fesyen Eropah yang mereka perolehi semasa pergi meyokong kelab kesayangan mereka, ketika itu melawan kelab dari Perancis, Saint Etienne. Penyokong Liverpool yang pergi menyokong kelab kesayangan mereka ketika itu dalam saingan Liga Juara-juara Eropah, mereka membawa pulang pakaian-pakaian berjenama Itali dan Perancis ke Inggeris. Pada masa itu, pihak polis masih fokus kepada penyokong yang bergaya Skinhead, dengan kasut bot khasnya, Dr. Martens, dan tidak memerhatikan kepada penggaya2 yang menggunakan pakaian-pakaian mahal hasil dari rekaan designer ternama. Penyokong Liverpool kemudian membawa lagi pakaian yang tidak pernah ada di Inggris. Dan penyokong kelab-kelab lain pun mula mencari pakaian Eropah yang masih rare di Inggeris. Ada juga penyokong Liverpool masih berindentiti dengan Lacoste Shirt dan Adidas Training sehingga sekarang. Label pakaian yang berkait dengan Casuals pada tahun 1980 meliputi: Edinburgh Woollen Mill, Fruit of the Loom, Fila, Stone Island, Fiorucci, Pepe, Benetton, Sergio Tacchini, Ralph Lauren, Henri Lloyd, Lyle & Scott, Adidas, CP Company, Ben Sherman, Fred Perry, Lacoste, Kappa, Pringle, Burberry dan Slazenger. Trend berpakaian terus berubah dan subkultur Casuals mencapai puncaknya pada akhir 1980-an. Dengan lahirnya scene muzik Acid House, Rave and Madchester. Keghairahan dalam sub kultur Casuals semakin hilang hingga smpi ketahap tertentu. 1990 an dan 2000-an Pada pertengahan tahun 1990, sub kultur Casuals mengalami kebangkitan besar, tetapi penekanan pada gaya telah sedikit berubah. Banyak para peminat bola sepak mengadapsi Casuals tampak sebagai semacam seragam, mengidentitikan bahawa mereka berbeza dari penyokong kelab biasa. Pakaian seperti Stone Island, Aquascutum, Burberry dan CP company terlihat di hampir setiap kelab, serta jenama-jenama klasik favorite seperti Lacoste, Paul & Shark dan Pharabouth. Pada akhir tahun 1990, banyak penyokong bola sepak mula bergerak menjauhkan diri dari jenama-jenama yang dianggap seragam Casuals, kerana polis mula memerhatikan tindak tanduk Casuals. Selain itu beberapa designer juga menarik produk-produk mereka setelah tahu bahawa produk-produk mereka di pakai oleh Casuals. Meskipun ada juga penggemar Casuals terus memakai pakaian Stone Island di tahun 2000, banyak dari mereka yang telah membuang logo kompas Stone Island sehingga jenama pakaian mereka menjadi tidak dikenali. Namun, dengan dua butang masih melekat, orang yang tahu masih lagi mengenali pakaian Casuals lainnya. Pada akhir 90-an itu beberapa pasukan polis cuba untuk menghubungkan logo jenama Stone Island dengan neo-Nazi versi dari salib Celtic. Kerana itu, label pakaian baru mula memperoleh populariti di antara Casuals. Seperti produk-produk pakaian dari jenama-jenama ternama yang laku dipasaran, barang palsu yang murah juga mudah didapat. Prada, Façonnable, Hugo Boss, Fake London Genius, One True Saxon, Maharishi, Mandarina Duck, 6.876, dan Dupe telah mula mendapat populariti luas. Casuals fashion telah mengalami peningkatan populariti di tahun 2000, setelah beberapa band-band Inggris seperti The Streets dan The Mitchell Brothers menggunakan jenama kasual olahraga dalam video muzik mereka. Budaya Casuals pun telah diangkat ke dalam media visual seperti filem-filem dan program televisyen seperti ID, The Firm, Cass, The Real Football Factory dan Green Street Hooligans 1 & 2. Pada tahun 2000, label jenama yang terkait dengan pakaian Casuals termasuk: Stone Island, Adidas Originals, Lyle & Scott, Fred Perry, Armani, Three stroke, Lambretta, Pharabouth dan Lacoste. Namun menjelang akhir tahun 2000 banyak Casuals yang menggunakan label-label independen seperti Albam, YMC, APC, Folk, Nudie Jeans, Edwin, Garbstore, Engineered Garments, Wood Wood dan Superga. Namun jenama besar seperti Lacoste, Ralph Lauren dan CP Company, Fjällräven, Berghaus, MA.Strum, masih popular di kalangan Casuals. mari kenal sejarah ada pencagahan jom kongsi
Posted on: Thu, 17 Oct 2013 17:11:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015