DIPERKAYA DENGAN 21 JENIS ESTRAK TUMBUHAN & BUNGAAN Bersifat - TopicsExpress



          

DIPERKAYA DENGAN 21 JENIS ESTRAK TUMBUHAN & BUNGAAN Bersifat organik & Halal sepenuhnya. Tiada Sumber Protein Dari Manusia & Haiwan (Placenta, Collagen & L-Glutathione). Mengandungi 21 jenis ekstrak tumbuhan & bungaan yang mempunyai bukti saintifik dalam memelihara kulit wajah. Tumbuhan & bungaan tersebut merangkumi 8 tumbuhan tempatan dan 13 tumbuhan yang diimport dari negara Japan. LATARBELAKANG SYARIKAT SweetCare ialah syarikat perniagaan milik penuh Bumiputera yang mempunyai pensijilan Halal. Tanggungjawab utama SweetCare ialah menghasilkan & membangunkan produk-produk kosmetik penjagaan wajah yang Halal, selamat, berkualiti, berkesan & murah. Produk-produk penjagaan wajah SweetCare adalah bersifat organik yang berasaskan bahan-bahan semulajadi (ekstrak tumbuhan & bunga-bungaan). Sejak dari syarikat ini ditubuhkan pada 2005, ianya telah berkembang melalui penglibatan aktif dalam industri Halal produk kosmetik penjagaan wajah. Secara praktikalnya, syarikat ini terus komited dalam penggunaan bahan-bahan kandungan yang mesra alam sekitar dan berasaskan ekstrak tumbuhan & bunga-bungaan. Peranan syarikat ini ialah meningkatkan inovatif dalam penawaran produk-produk Halal penjagaan wajah. Bagi memantau perkembangan kerjasama dengan pelanggan-pelanggan, syarikat ini telah mewujudkan program Indeks Keutamaan Pelanggan. Ianya adalah untuk menjaga hubungan jangkamasa panjang dengan pelanggan-pelanggan. PRODUK-PRODUK SWEETCARE TELAH DIREKACIPTA MENGHAMPIRI ALAM SEMULAJADI : Sesuai dengan semua jenis kulit dan kumpulan umur pengguna Tidak bersifat alergik Tiada kesan sampingan Selamat untuk kanak-kanak dan wanita mengandung MAKSUD HALAL : Tiada Bahan-Bahan Kimia Merbahaya (Bebas Hidrokuinon, Merkuri & Paraben) Tiada Sumber Protein Dari Manusia & Haiwan (Placenta, Collagen & L-Glutathione) Tiada Kandungan Alkhohol (Bebas Etanol) PRINSIP-PRINSIP SWEETCARE : “Bukan Sekadar Penjagaan Wajah Biasa, Tetapi Penjagaan Wajah Yang Menyembuhkan” “Produk Penjagaan Wajah Yang Halal” “Bahan Kandungan Yang Diekstrak Dari Tumbuhan & Bunga-Bungaan” “Selamat, Berkualiti, Berkesan & Murah” “Penjagaan Wajah Berasaskan Air” “Keberkesanan Saintifik Telah Diuji” FOKUS SYARIKAT Fokus syarikat SweetCare telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna terhadap produk-produk penjagaan wajah yang bermutu tinggi dan berasaskan alam semulajadi (ekstrak tumbuhan & bunga-bungaan). Falsafah kami ini disokong oleh penjagaan kualiti yang bermutu tinggi dan menghormati sumber alam. Kami akan terus berkembang dan terlibat dalam industri kecantikan di seluruh dunia. Dari penjagaan wajah & badan, kami menawarkan produk yang berasaskan alam semulajadi kepada semua. Formulasi dan kandungan ekstrak tumbuhan & bunga-bungaan di dalamnya adalah memenuhi keperluan spesifik kulit wajah. Kami hanya menggunakan bahan-bahan terpilih dalam pengeluaran produk penjagaan wajah kami. Kami akan terus berusaha untuk menggunakan lebih banyak ekstrak tumbuhan & bunga-bungaan. PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN (R&D) Fokus syarikat SweetCare dalam Penyelidikan & Pembangunan (R&D) ialah membangunkan produk-produk penjagaan wajah termaju menggunakan ekstrak alam semulajadi (tumbuhan & bunga-bungaan). Syarikat ini dibarisi oleh kakitangan-kakitangan yang berdedikasi dari segi kepakaran akademik. Mereka juga telah dilengkapi dengan peralatan saintifik R&D yang terkini khususnya dalam bidang penjagaan wajah. Di samping bahan-bahan kandungan yang bermutu tinggi, kualiti formulasi juga merupakan suatu aspek utama. Untuk memastikan adunan yang kami hasilkan selaras dengan prinsip saintifik kimia, maka kami memantau secara teliti agar proses penghasilannya adalah sempurna & homogen. Penyelidikan secara berterusan akan dilakukan bagi mencari ekstrak tumbuhan & bunga-bungaan yang baru. Kami juga akan terus meningkatkan mutu produk kami selaras dengan perubahan masa.
Posted on: Mon, 12 Aug 2013 19:11:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015