DUNIA Boikot penempatan Yahudi 2013/07/17 EU beri arahan wajib - TopicsExpress



          

DUNIA Boikot penempatan Yahudi 2013/07/17 EU beri arahan wajib dipatuhi kepada semua anggota Baitulmaqdis: Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan arahan wajib dipatuhi 28 negara anggotanya melarang pembiayaan, kerjasama, biasiswa, dana penyelidikan atau hadiah kepada semua penempatan Yahudi di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis. Peraturan yang berkuatkuasa Jumaat minggu ini menetapkan sebarang perjanjian atau kontrak anggota EU dengan Israel akan menyebut bahawa penempatan berkenaan bukan sebahagian Israel sekali gus bukan sebahagian daripada perjanjian. Pegawai kanan Israel yang enggan dikenali menerangkan perintah terbaru itu yang diterbitkan 30 Jun lalu sebagai satu ‘gempa bumi’. “Ini adalah pertama kali satu arahan rasmi jelas dikeluarkan oleh EU,” kata pegawai berkenaan. “Sehingga hari ini ada persefahaman dan perjanjian senyap bahawa ia tidak terpakai di luar Garisan Hijau (sempadan pra-perang 1967). Kini, ia menjadi dasar rasmi.” Adakan rundingan Mulai sekarang, jika kerajaan Israel mahu menandatangani perjanjian dengan EU atau satu daripada ahlinya, ia perlu menyatakan secara bertulis bahawa penempatan Tebing Barat bukan sebahagian Israel. Ketegangan dirasai di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar kerana bimbang peraturan baru itu dan kesannya kepada hubungan Israel-EU. Usaha Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Timbalan Menteri Luar, Ze’ev Elkin untuk menghentikan langkah berkenaan semuanya gagal. Pegawai kanan EU mahu mengadakan rundingan dengan Israel membabitkan arahan terbaru itu tetapi disebabkan ia berkuatkuasa akhir minggu ini peluang untuk memindanya amat tipis. “Kita perlu putuskan apa perlu dilakukan mulai hari ini dan seterusnya,” kata seorang pegawai kanan Israel. “Kita belum sedia untuk menandatangani perkara ini dalam perjanjian kita dengan EU. Jejas kerjasama “Kita boleh katakan kepada penduduk Eropah tetapi keputusannya akan menjejaskan semua kerjasama dalam ekonomi, sains, budaya, sukan dan akademik. “Ini akan menyebabkan kesan buruk kepada Israel.” Arahan terbaru itu diterbitkan oleh Suruhanjaya Eropah yang menjadi cawangan eksekutif EU. Perintah berkenaan menentukan ruang lingkup kerjasama di antara kesatuan terbabit dengan negara anggotanya dan entiti kerajaan dengan Israel mulai 2014 dan 2020. Bahagian paling penting dalam arahan terbabit adalah perkara wilayah, yang buat pertama kalinya akan tertulis dalam satu peraturan wajib untuk semua perjanjian antara EU dan Israel. - AGENSI
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 02:33:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015