DUNIA Penemuan bahan radioaktif bukti Arafat diracun PARIS - - TopicsExpress



          

DUNIA Penemuan bahan radioaktif bukti Arafat diracun PARIS - Sekumpulan pakar radiasi dari Switzerland mengesahkan mereka menemui kesan bahan radioaktif, polonium pada pakaian bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat sekali gus menyokong bukti beliau diracun. Perkara itu didedahkan dalam jurnal perubatan The Lancet pada minggu lalu. Pasukan berkenaan memberikan butiran saintifik susulan kenyataan media pada tahun lalu yang mendakwa terdapat racun polonium pada barang peribadi milik Yasser. Yasser meninggal dunia di Perancis pada 11 November 2004 ketika berusia 75 tahun. Bagaimanapun, doktor gagal mengenal pasti punca kematiannya. Kubur pemimpin veteran itu digali semula pada November 2012 bagi mengambil sampel daripada tulangnya untuk diuji sama ada terdapat tanda-tanda beliau diracun. Siasatan berkenaan masih dijalankan secara berasingan oleh pasukan pakar dari Switzerland, Perancis dan Rusia. Dalam laporan Lancet, lapan saintis yang bertugas di Institut Radiasi Fizik dan Universiti Pusat Perubatan Undang-undang di Lausanne menyatakan, mereka menjalankan ujian radiasi terhadap 75 sampel. Semua barangan itu diberikan oleh balu Yasser, Suha Arafat. Beberapa sampel mengandungi kesan darah dan air kencing yang mempunyai bahan radioaktif polonium 210, kata mereka. Tambah laporan sama, penemuan tersebut mengukuhkan lagi dakwaan bahawa Arafat diracun dengan polonium 210. - AFP
Posted on: Tue, 15 Oct 2013 11:22:14 +0000

Trending Topics



s.com/We-Are-Not-From-Afghanistan-We-Are-Not-From-Africa-We-Are-Not-From-topic-529652770462680">We Are Not From Afghanistan We Are Not From Africa We Are Not From
LOOK...SUPER HEROES (Compatable with Lego but at fraction of Lego
5123.480.01.13 Granada Console Table with Neo - Venetian Petite
Facebook Friends in Loudoun County, this is a key issue, please

Recently Viewed Topics




© 2015