Dalam kita bergembira menyambut 1 Syawal yang mulia, jangan - TopicsExpress



          

Dalam kita bergembira menyambut 1 Syawal yang mulia, jangan dilupakan sahabat dan sudara mara kita dibumi Palestin, Afghanistan, Syria, Mesir dan tempat - tempat lain yang memerlukan bantuan kita untuk menyambut Eid Mubarak ini. Mereka memerlukan doa kita untuk terus berjuang melawan kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh Rejim Zionis dan orang - orang yang bencikan Islam. Sehingga pagi tadi, Mujahidin di Syria masih lagi berjuang bagi menumpaskan rejim yang zalim. Kezaliman yang dilakukan terhadap Presiden Sah Mesir masih lagi berlarutan sehingga kini. Semoga mereka beroleh kemenangan nanti kerana janji Allah PASTI akan terjadi. Doakan juga keselamatan dan kesejahteraan kita di Malaysia. Banyak kes pembunuhan yang berlaku dalam negara kita ini. Dan kes yang terbaru memang dekat dengan saya. Semoga dijauhkan dari bala ini. Ya Allah Selamatkanlah kami semua...
Posted on: Thu, 08 Aug 2013 07:32:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015