Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu hari ini memberi amaran - TopicsExpress



          

Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu hari ini memberi amaran kepada kedutaan Vatican untuk menarik balik kenyataan menyokong penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut Kristian atau dihalau keluar. Semalam wakil kedutaan Vatican di Malaysia, Uskup Agung Joseph Marino berkata beliau menyokong langkah Gereja Katolik di Malaysia menggunakan kalimah "Allah" kerana baginya ia adalah sesuatu yang "logik dan boleh diterima". "Kami mengkritik keras kenyataan oleh wakil Vatican semalam." "Diplomat tersebut telah menyalah guna imuniti diplomatik dengan mencampuri hal ehwal negara lain," kata Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Hasan Ali dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman hari ini. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang juga hadir sama dalam sidang tersebut berkata mereka akan mendesak untuk menutup kedutaan Vatican tersebut sekiranya gagal memberikan penjelasan dalam tempoh tujuh hari. "Sekiranya mereka gagal menarik balik, menafikan laporan tersebut ataupun meminta maaf, kami gabungan NGO Islam tidak akan teragak-agak untuk mendesak kerajaan supaya menutup dan menghalau kedutaan Vatican tersebut," kata Presiden Datuk Ibrahim Ali dalam sidang media sama. p/s : SEKALI lagi si Ibrahim Ali sadis ni buat kenyataan yang Najib sendiri tak hirau. kesian betol.
Posted on: Sat, 13 Jul 2013 03:04:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015