Enggan Isytihar Aset : Wakil Rakyat DAP Risau Tembelang - TopicsExpress



          

Enggan Isytihar Aset : Wakil Rakyat DAP Risau Tembelang Pecah!!! DAP hari ini mengarahkan semua wakil rakyatnya supaya tidak akan mengikut keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pengisytiharan aset oleh anggota exco kerajaan negeri. Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, alasan yang dikemukakan Khalid berhubung pengisytiharan untuk sebahagian dari aset berkenaan tidak ubah seperti alasan BN. "DAP dengan hormatnya tidak bersetuju dengan alasan Khalid kerana ini adalah apa yang digunakan BN sebagai alasa untuk tidak mengisytiharkan aset wakil rakyat mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. Oleh yang demikian, katanya, DAP tidak akan mengikut arahan berkenaan tetapi sebaliknya menetapkan tiga wakilnya -iaitu Speaker DUN dan tiga anggota exco - mengisytiharkan sepenuhnya aset mereka. Mereka adalah Hannah Yeoh - Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan Ganapathi Rao. Khalid dalam pengumumannya semalam berkata pengisytiharan aset oleh anggota exco tidak meliputi harta yang diperoleh sebelum dilantik ke jawatan sekarang atas sebab keselamatan. Mengulas lanjut, Lim berkata kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan aset ketua menteri dan semua anggota exconya pada tahun lalu dan tidak timbul sebarang ancaman kepada keselamatan diri atau anggota keluarga mereka. Katanya pengistiharanya itu termasuk aset yang diperoleh sebelum dilantik sebagai exco negeri dan perkara itu disahkan oleh satu firma penguditan antarabangsa. Lim menjelaskan, pengisytiharan aset sebelum pelantikan ke jawatan kerajaan adalah penting bagi menunjukkan bahawa tiada konflik kepentingan atau penyalahgunaan kuasa apabila anggota exco atau ketua menteri membuat sesuatu keputusan. Admin : Risau tembelang pecah ke?
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 15:07:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015