Fahaman Syiah: JAIPK Tahan Dua Individu Termasuk Seorang Doktor - TopicsExpress



          

Fahaman Syiah: JAIPK Tahan Dua Individu Termasuk Seorang Doktor Wanita abatan Agama Islam Perak (JAIPK) menahan dua individu, termasuk seorang doktor wanita, di Kamunting, Taiping Isnin kerana terlibat dengan fahaman serta ajaran Syiah. Pengarah JAIPK Datuk Mohd Yusop Husin berkata mereka yang ditahan ialah Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51. Dr Nur Azah ditahan di Medan Kamunting, Taiping manakala Mohammad Ridzuan ditahan di sebuah premis di Kampung Klian Pauh Baru, Jalan Kamunting Lama, Taiping dalam serbuan yang bermula pukul 11.25 pagi. "Dalam serbuan itu, JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster," katanya melalui khidmat pesanan ringkas. Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 iaitu mengingkari fatwa mufti kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah.
Posted on: Mon, 05 Aug 2013 17:03:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015