HAIRAN!!! PELIK!!! JAKIM sudah lama memutuskan bahawa Wahhabi - TopicsExpress



          

HAIRAN!!! PELIK!!! JAKIM sudah lama memutuskan bahawa Wahhabi TIDAK SESUAI diamalkan di Malaysia kerana DIKHUATIRI boleh membawa PERPECAHAN umat Islam. Keputusan tersebut adalah hasil beberapa kali perbincangan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu kali ke 12 (1985), kali ke 16 (1986), kali ke 40 (1996), kali ke 42 (1997) dan kali ke 44 (1998). Selain itu, isu Wahhabi juga dibincangkan berkali-kali dalam mesyuarat Panel Kajian Akidah JAKIM pada kali ke 14 (2000), kali ke 20 (2000). kali ke 20 (2002) dan kali ke 23 (2003). KESEMUA PERBINCANGAN TERSEBUT MEMUTUSKAN UNTUK MENYEKAT PENULARAN FAHAMAN WAHHABI. (1) Hairan?! Sudah pun diputuskan bhw fahaman Wahhabi boleh membawa PERPECAHAN umat Islam, tapi Wahhabi terus dibiarkan berleluasa dan menular dalam masyarakat?!!! Kenapa dibiarkan penceramah & penulis berfahaman Wahhabi berceramah dan menyebarkan buku mereka?!! Nak tunggu umat Islam berpecah belah ke tahap yang tidak boleh kawal baru nak bertindak?!!! (2) Pelik?! Sudah pun diputuskan bhw fahaman Wahhabi suatu fahaman yang TIDAK SESUAI di Malaysia, tapi anasir Wahhabi sudah pun diserap dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam, Tasawur Islam dan Tamadun Islam di sekolah menengah kebangsaan. Mungkin tujuannya agar fahaman Wahhabi menjadi SESUAI pula untuk generasi baru di Malaysia. SUNGGUH LICIK pergerakan puak Wahhabi... seakan-akan anasir Wahhabi telah lama menyelinap masuk ke posisi penting dalam negara... WaLlahu a^lam...
Posted on: Tue, 05 Nov 2013 00:30:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015