Hari ni sangat letih. Sampai tertidur-tidur saya di - TopicsExpress



          

Hari ni sangat letih. Sampai tertidur-tidur saya di Gombak. Appointment bekam jam 9.30 malam. Saya tertidur dari jam 8.45 malam dalam kereta dan tersedar semula jam 9.22 malam. Kelam-kabut saya sebab Batang Kali ke Gombak dalam 45 minit. :) Saya sampai jam 10 malam. Mujurlah orang yang nak bekam pun sampai lebih kurang jam 10. Tadi yang bekam orang Kelantan. First time pakai pisau. Saya diagnos tak boleh bekam banyak-banyak ni. Saya cadangkan 5 cup sahaja. (Tapi saya cakap juga,kalau nak tambah pun boleh). Tapi dia cakap dia hanya ikut suggestion saya. Saya belajar satu benda dengan dia. Katanya dia ni pengamal habbatus sauda. Dia letakkan biji sauda dalam teh setiap hari.Memang sedap katanya. Tak apa. Esok saya pulak try! :) Malam ni saya akan khidmat rumah ustaz saya. Adik bongsu dia nikah. Suaminya pula ustaz saya juga. Mengajar saya kitab Fathul Qorib(kitab fiqh mazhab Syafie)
Posted on: Fri, 16 Aug 2013 17:16:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015