Hari saya jumpa orang yang perangai dia macam ni. "Kau jangan - TopicsExpress



          

Hari saya jumpa orang yang perangai dia macam ni. "Kau jangan baca semua tu! Baca Al-Quran pun tak habis. Ada hati nak kaji sejarah tu. Ada hati nak kaji ilmu tu. Kau kena kaji sejarah Islam." Bila saya jawab, sebenarnya saya mengkaji semua, dia masih berterusan dengan maki hamun yang tak kesudahan, spinn dan fitnah sana sini. Analoginya senang, kita selaku Melayu dan Umat Islam pasti membaca sejarah Melayu. Namun, bidang dan profession seseorang itu berbeza bukan? Katakanlah, seseorang ini pengkaji Teori Relativiti yang dibangkitkan oleh Einstein, maka pastinya orang ni akan berkelakuan sama. Soalnya, kalau semua orang tidak boleh belajar ilmu lain mengikut logiknya, habis sampai bila umat Islam nak maju di mana kita jumudkan fikiran bahawa hanya ilmu mengenai agama Islam sahaja kita wajib belajar. ilmu lain haram namanya. Pernah dengar tentang ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah? Di sinilah kami, yang mengkaji perkara lain selain Islam. Kerana selepas menunaikan tuntuan ilmu fardhu ain, pastinya kami akan menunaikan tuntutan fardhu kifayah seperti ilmu sejarah, ilmu sains, ilmu fizik, ilmu kimia, ilmu bahasa dan sebagainya. Agaknya mereka yang mempertikaikan umat Islam mempelajari ilmu lain ni seberapa jumud fikiran mereka? -HE-
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 11:20:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015