KEJAYAAN POLIS “OPS CANTAS KHAS (TOTAL ENFORCEMENT)” DI - TopicsExpress



          

KEJAYAAN POLIS “OPS CANTAS KHAS (TOTAL ENFORCEMENT)” DI KONTINJEN JOHOR. Di akhir-akhir ini kejadian jenayah kekerasan kerap disiarkan samada di media massa atau media elektronik. Berikutan dari itu, bermula 19/08/2013 Polis Johor telah melancarkan Ops Cantas Khas (Total Enforcement) bagi megenalpasti dan seterusnya membuat tangkapan ke atas pelaku-pelaku jenayah ini. Ekoran dari itu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Johor telah mengadakan beberapa siri pemeriksaan, serbuan dan tangkapan ke atas premis-premis dan orang perseorangan yang di syaki terlibat. Selain itu, pihak polis juga telah mengadakan beberapa sekatan jalan raya bagi membuat pemeriksaan ke atas kendaraan-kenderaan dan individu-individu bertujuan mengesan saspek-saspek yang melakukan kegiatan jenayah ini. Hasil usaha yang dijalankan oleh PDRM Johor, sebanyak 748 pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 321 Melayu, 254 Cina, 137 India dan 36 lain-lain bangsa. Dalam operasi yang dijalakan ini, pihak polis juga telah berjaya membuat tangkapan ke atas 64 saspek yang terlibat di dalam pelbagai kes-kes jenayah. Kesemua saspek telah di tahan reman bagi pihak meneruskan siasatan. Ops Cantas Khas ini akan diteruskan bagi membasmi kegiatan jenayah kekerasan hingga ke akar umbi bagi merealisasikan Negeri Johor bebas dari kegiatan jenayah. -sumber : Polis Johor
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 04:38:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015