KUASA MINDA BAWAH SEDAR: ¤ Dalam satu kajian secara saintifik - TopicsExpress



          

KUASA MINDA BAWAH SEDAR: ¤ Dalam satu kajian secara saintifik kuasa minda merupakan salah satu faktor utama seseorang mendapat ilham yang begitu hebat dalam hidupnya. Seolah-olah ia membangkitkan rahsia dari dalam dirinya untuk dipersembahkan kepada alam realiti. Ia sebenarnya adalah anugerah Tuhan bahawa minda manusia adalah yang terbaik berbanding makhluk lain. Ini diakui seperti dalam surah at-Tiin ayat 4 yang bermaksud; "Manusia itu sebaik-baik ciptaan" ¤ Kekayaan sebenarnya adalah bertitik tolak daripada keyakinan dalam diri seseorang individu. Sekiranya kita menstimulasikan dalam diri melalui minda bawah sedar bahawa "aku yakin boleh jadi kaya dengan cara yang tersendiri" Maka secara automatik, badan dan fikiran akan terarah kepada matlamat tersebut dan akan menerima beberapa kesan yang mengagumkan sehingga berjaya. Dan jika diperhatikan inilah yang berlaku pada ramai jutawan, jika anda percaya, ianya akan sebati dalam diri utk berjaya dengan lebih hebat! ¤ Praktikkannya dengan penuh kebaikan dan ia akan dibalas dengan berkaliganda baiknya di masa depan.. Dan bagi orang Islam, kita sangat bertuah kerana dikurniakan rahmat dan pahala berganda. Percayalah pada Tuhan kerana. "Dia akan memberi rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka" (petikan ayat seribu dinar)
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 05:50:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015