Kenyataan Media 17/9/2013 Assalamualaikum. Semalam berlansungnya - TopicsExpress



          

Kenyataan Media 17/9/2013 Assalamualaikum. Semalam berlansungnya Mesyuarat Agung Pemuda Pas Kawasan Bachok yang ke 49. Mesyuarat agung ini diadakan di Kompleks Pengajian Islam (KPI)Badak, Bachok. Tahun ini mesyuarat agung dirasmikan oleh YB Ustaz Latiff ,Yb Mengkebang yang juga Timbalan Speaker dan ketua pemuda pas Negeri Kelantan. Pemilihan kali ini merupakan tahun terakhir baginya sebagai pemuda. Dalam ucapannya beliau banyak memberi nasihat yang sangat sangat berguna kepada pemuda pas antaranya ialah pemuda pas haruslah bijak menggunakan media sosial dalam menghadapi era persaingan dunia maklumat. Beliau juga mahu pemuda memahami erti perjuangan pas yang sebenar. Seusai perasmian mesyuarat pun bermula. Ia dipengerusikan oleh Ustaz Malek yang juga merupakan mantan Ketua Pemuda Pas kawasan Bachok. Berlaku sedikit salah faham dan kekecohan bilamana pengerusi cuba memulakan ucapan. Banyak perkara cuba dipertikaikan oleh beberapa orang yang akhirnya setelah di siasat mereka ini bukannya ahli parti. Kekecohan itu akhirnya berakhir. Alhamdulilah. Pengundian pun berjalan seperti biasa dan akhirnya pemilihan pun dibuat oleh perwakilan. Di sini saya senaraikan calon calon yang berjaya di dalam pemilihan semalam 1. Ketua Pemuda Yb Ustaz Ahmad Marzuk bin Shaary 2. Timbalan Ketua Pemuda Saudara Firdaus Mohd Yusoff 3. Naib Ketua Pemuda Ustaz Mohd Zaki Ajk Pemuda 1. Saudara Khuzairi bin Rahman 2. Saudara Rosdi 3. Haji Mohd Amizul Fazly Bin Muhamed Sudin 4. Saudara Idris Daud 5. Saudara Zaharbi bin Shaari 6.Ustaz Mohd Sabri Abd Ghani 7.Ustaz Mohd Fakrurazi 8.Saudara Hazwan Mat Husain Terimakasih kepada pemuda yang menjayakan Mesyuarat Agung semalam dan kami exco pemuda yang baru dipilih akan cuba memberi yang terbaik untuk legasi pemuda yang akan datang. Mempertahankan kemenangan 4-0 di Bachok dan memacu pemuda ke arah menjadi pemuda islam yang baik merupakan iltizam kami. Hj Mohd Amizul Fazly bin Mohamed Sudin (Hj Joe) Ajk Dewan Pemuda Pas Bachok
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 01:28:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015