"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh - TopicsExpress



          

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah seolah olah sujud ke bumi. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. " Kenapa? " tanya Abah. " Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah. "Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? " Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. " Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah.. " sambung Abah memaki lagi ## selamat menyambut ketibaan bulan ramadhan~ semoga kita akan rajin² pi masjid dan surau ...Jangan tegur benda yang pelik jika dah lama tak ke surau/masjid....
Posted on: Wed, 10 Jul 2013 07:43:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015