MAKKAH: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dengan 450 anggota - TopicsExpress



          

MAKKAH: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dengan 450 anggota berlepas pulang ke tanah air hari ini menerusi Lapangan Terbang Jeddah. Pengurus Media Tabung Haji Mohd Naser Jafar berkata penerbangan mereka berlepas pukul 7 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 8.50 malam ini. Katanya mulai hari ini jemaah haji yang memasuki tanah suci melalui Madinah pada bulan lepas, akan berlepas pulang ke tanah air secara berperingkat menerusi Lapangan Terbang Jeddah. Bagi jemaah haji yang memasuki tanah suci menerusi Makkah, mereka akan ke Madinah secara berperingkat bermula 28 Okt dan tinggal di sana selama lapan hari sebelum berlepas pulang ke tanah air menerusi Lapangan Terbang Madinah, katanya. Read more at: astroawani/news/show/kumpulan-pertama-jemaah-haji-malaysia-berlepas-pulang-24298?cp
Posted on: Tue, 22 Oct 2013 01:27:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015