MUAR DIISYTIHAR DARURAT WARTAWAN SINAR HARIAN 23 Jun 2013 SHAH - TopicsExpress



          

MUAR DIISYTIHAR DARURAT WARTAWAN SINAR HARIAN 23 Jun 2013 SHAH ALAM - Muar diisytihar darurat pagi ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap setinggi 750. Sementara dua bandar di Melaka mencatat bacaan merbahaya di tahap 300. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata, hari ini kedaan jerebu di tiga bandar telah mencapai tahap berbahaya. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah Hassan pagi ini telah meminta pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan darurat di Muar hari ini. MKN dijangka akan mengeluarkan arahan kepada penduduk untuk tinggal dalam rumah dan mengarahkan sekolah di beberapa negeri terus ditutup. Menurut Palanivel, IPU tertinggi direkodkan di Malaysia ialah di Sarawak pada 1997 dengan bacaan 860. Beliau juga berkata MKN akan mengeluarkan arahan supaya orang ramai berada dalam bangunan dan mengarahkan sekolah di beberapa negeri untuk terus ditutup. "MKN sepatutnya mengkaji langkah pembenihan awan dengan segera," katanya. Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya
Posted on: Sun, 23 Jun 2013 06:31:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015