Marilah kita bersyukur ke hadhrat Allah SWT yang sentiasa - TopicsExpress



          

Marilah kita bersyukur ke hadhrat Allah SWT yang sentiasa menyayangi kita dengan mengurniakan kita peluang untuk beribadah dan mempertingkatkan taqwa kita kepadaNya. Kita juga bersyukur ke hadhrat Allah SWT yang telah memberi kita taufiq dan hidayah-Nya serta mengurniakan kita kekuatan yang membolehkan kita melaksanakan ibadah puasa di hari ke-20 siang tadi, walhamdulillah. Terima kasih kami ucapkan kepada para jemaah yang kami muliakan kerana memilih Masjid Kg Siglap Darul Quran Singapura ini untuk tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga melaksanakan solat Terawih & Witir pada malam ini. Malam ini malam 21 Ramadan dan kita dah mula berada di 10 Malam terakhir Ramadan yang mana dalam beberapa hadis Rasulullah saw mengesa kita mencari Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan di 10 Malam terakhir Ramadan ini. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang menyahut gesaan baginda ini, insya Allah. Antara amalan terbaik untuk kita amalkan di malam-malam terakhir Ramadan ini ialah memperbanyakkan zikir dengan berdoa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عّفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا yang mengandungi maksud: Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemberi Maaf, maka maafkanlah kesalahan dan dosa kami. Di samping doa ini, kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan membaca dan mempelajari Al-Quran di samping beri’tikaf di masjid. Untuk makluman anda, Masjid Kg Siglap ini mengadakan solat Qiyamullail yang dipimpin oleh kedua-dua Imam Hafiz kita setiap malam bermula jam 4.00 pagi. Juadah bersahur juga kami sediakan. Marilah kita bersama-sama menghidupkan Ramadan yang hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum ia meninggalkan kita, insya Allah. Jemaah sekalian, Untuk penghayatan kita, malam ini barisan imam-imam hafiz kita akan membaca Juzz 23, iaitu ayat-ayat mulai dari surah Yasin ayat 28 hingga akhir surah, keseluruhan Asshaaffaat, shad ( ص ) dan surah Azzumar dari ayat 1 hingga ayat 31. Ayat-ayat ini antara lain menyentuh perkara-perkara berikut: 1. Kebenaran Muhammad saw dan Al-Quran 2. Kekuasaan Allah membangkitkan manusia setelah kematian 3. Tanda-tanda kebesaran Allah 4. Keadaan orang-orang musyrik di akhirat 5. Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s 6. Beberapa nikmat yang Allah kuniakan kepada Nabi-Nabi Musa, Harun, Ilyas Luth & Yunus 7. Kemenangan yang Allah janjikan buat para nabi & rasul 8. gambaran tentang Kehancuran yang Allah janjikan kepada para penentang nabi & rasul 9. Peri pentingnya keikhlasan dalam ibadah 10. Perbandingan antara orang-orang mukmin yang taat & orang-orang kafir yang zalim
Posted on: Mon, 29 Jul 2013 12:39:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015