Musim Haji tiba lagi, lusa jemaah pertama akan berangkat - TopicsExpress



          

Musim Haji tiba lagi, lusa jemaah pertama akan berangkat menyahut seruan ilahi. Tahniah! Sedikit teguran ikhlas dari hati untuk saudara, anak dan kenalan jemaah. usahlah membebani jemaah dengan MENGIRIM atau MEMESAN barangan dan MEMINTA buah tangan dari sana. Cukuplah dengan memberi sumbangan kepada jemaah untuk dibelanjakan disana, sumbangan itu amat diperlukan terutama jika berlaku kecemasan dan ubat yg terlalu mahal. Kirim jubah kopiah tudung atar air zam zam kurma tak digalakkan kerana akan mengganggu matlamat utama jemaah untuk beribadah yang begitu terhad terutama jutaan umat ketika haji. Biarlah jemaah sendiri yg iklas utk beli dan bawa balik tanpa di "arah". Banyak yang berlaku bila selesai solat, jemaah berpusu hingga meninggalkan solat jenazah dan solat sunat lepas fardu untuk terus memenuhi kedai sekitar masjid... Terlalu sedih bila aku terdengar ayat ni " " ala kita sembahyang je kat luar masjid, senang nak kluar beli barang" " dik meh kejab, pinjam nak ukur badan boleh, anak makcik pesan beli jubah takut tak muat" makcik ni jalan Pon terbongkok sian aku tgk... " lepas solat jumpa terus kat kedai aiscrem semalam tau".... untuk pengetahuan semua disana kedai dan pilihan terlalu banyak. Bila mata rambang maka tak sedar dah masuk kedai yg keseratus. Nak balik hotel jarak hampir 1km. Cuba bayang mak ayah yg tua jalan sejauh tu utk cari pesanan anda... Biarkan lah mereka beribadah sepenuhnya.. Wasalam....
Posted on: Sat, 07 Sep 2013 01:05:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015