PENERANGAN: Maksud Wakaf Dari sudut bahasa perkataan Wakaf - TopicsExpress



          

PENERANGAN: Maksud Wakaf Dari sudut bahasa perkataan Wakaf adalah berasal dari perkataan Arab ” Al-Waqf ” (اَلْوَقْفُ) yang bermaksud harta yang diwakafkan. Ia juga bermakna harta yang ditahan “Al-habs” ( اَلْحَبْسُ ) atau harta yang dihalang “Al-mana’” ( اَلْمَنْعُ ). Mengikut istilah syarak pula, wakaf membawa maksud menahan sesuatu harta daripada pewakaf dan memberikan manfaatnya untuk kebajikan dan kepentingan agama dan umat Islam atau kepada penerima wakaf yang telah ditentukan oleh pewakaf sepertimana yang dinyatakan didalam hujjah wakaf dari mula harta itu diwakafkan hinggalah ke akhirnya semata-mata kerana Allah Subhanahu Wa Taala buat selama-lamanya dan ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu. Secara umumnya wakaf terbahagi kepada 2 iaitu: 1) Wakaf Ahli (wakaf keluarga) Dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf. 2)Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan) Terbahagi kepada Wakaf Am dan Wakaf Khas. Wakaf Am boleh diertikan sebagai suatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum umat Islam mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hukum syarak. Wakaf Khas pula diertikan dengan suatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat Islam mengikut hokum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan Islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf. Rukun Wakaf: 1) Orang yang mewakafkan. (وَاقِفٌ) 2) Pihak yang menerima wakaf. (مَوْقُوْفٌ) 3) Harta yang diwakafkan. (مَوْقُوْفٌ عَلَيْهِ) Suratan yang berkenaan dengan wakaf termasuk wasiat, yang juga dikenali dengan sighah wakaf. ----------------------------------------------------------------------------- wakafproject merupakan wasilah atau penghubung antara pewakaf dan penerima wakaf. Anda wakafkan, kami uruskan. Layari wakafproject untuk ibadah wakaf.
Posted on: Tue, 23 Jul 2013 13:59:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015