Pelik tapi benar Tahun ini, antara perkara pelik yang terus - TopicsExpress



          

Pelik tapi benar Tahun ini, antara perkara pelik yang terus berlaku dalam kerajaan sebagaimana yang didedahkan melalui laporan audit ialah makanan luput tarikh tersadai di stor Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), kehilangan 44 pistol, 156 gari dan 29 kereta polis, perbelanjaan RM320 ribu oleh Kementerian Kesihatan untuk menguruskan laman sosial Facebook dan Twitter, kerugian RM38 ribu untuk iklan yang menggelarkan perokok bodoh dan akhirnya diputuskan tidak sesuai digunakan, GLC rugi tapi dapat bonus, jam berharga RM100 tapi dibeli dengan harga RM3810.00, bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop yang sebelum ini dihebohkan dibayar oleh penaja, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberi kepada orang yang sudah mati dan pelbagai lagi. Petikan dari Sinar Harian
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 05:09:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015