Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kos untuk - TopicsExpress



          

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kos untuk membiayai petisyen pilihan raya bagi 25 kawasan Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) berjumlah kira-kira RM1.5 juta.... Justeru, jamuan makan malam mengumpul dana bagi membiayai kos petisyen pilihan raya akan bermula 28 Jun ini... “Jamuan makan malam bagi mengumpul dana itu akan bermula di Pulau Pinang diikuti Kuala Lumpur dan Johor Bahru,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini. Kata Rafizi, kos deposit awal petisyen berjumlah RM15,000 dan RM30,000 untuk setiap petisyen yang difailkan. Ia melibatkan 24 petisyen bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi kawasan DUN.... Tambahnya, meskipun Pakatan Rakyat mendapat bantuan guaman secara pro-bono, namun kos berkenaan perlu dibayar kepada defendan sekiranya mahkamah mengenepikan petisyen atau sekiranya plaintif tewas.... “Kena dapatkan dalam sebulan. Kita (KEADILAN) juga bercakap bagi pihak lain (PAS dan DAP),” katanya... Menurut Rafizi, petisyen tersebut telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga 12 Jun ini.... youtube/watch?v=4W8Hy17pjkw
Posted on: Tue, 11 Jun 2013 20:42:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015