Penolong Pegawai Perubatan Gred : U29, U32, U36, U41/42, U44, - TopicsExpress



          

Penolong Pegawai Perubatan Gred : U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu) Kem./Jab.: Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Jadual Gaji: Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan U29 RM1,311.58 RM4,508.20 RM145.00 U32 RM2,214.00 RM5,178.91 RM155.00 U36 RM3,454.82 RM6,369.36 RM180.00 U41 RM2,259.08 RM6,909.25 RM225.00 U42 RM2,259.08 RM6,909.25 RM225.00 U44 RM3,422.66 RM7,268.66 RM250.00 U48 RM5,007.64 RM8,356.59 RM270.00 U52 RM5,641.31 RM9,108.00 RM290.00 U54 RM5,941.64 RM9,717.04 RM320.00 Syarat Lantikan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : LANTIKAN KE GRED U29 (a) (i) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. GRED U29 [ Gaji Permulaan: RM1,687.59 ] LANTIKAN KE GRED U41 (a) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. GRED U41 [ Gaji Permulaan: RM2,259.08 ] Deskripsi Tugas : Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 1. Peranan Primer 1.1 Penjagaan Perubatan Primer i. Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan. ii. Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada Individu, kumpulan dan masyarakat. iii. Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan. iv. Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya. v. Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian. 1.2 Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan i. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan. ii. Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan. 1.3 Pentadbiran i. Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan. ii. Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital. 2. Peranan Khusus 2.1 Penjagaan khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain. 2.2 Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu. Penolong Pegawai Perubatan Gred U41 • Memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia. • Memberi rawatan kuratif, pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di Pusat-pusat Kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan. • Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan.
Posted on: Sun, 15 Sep 2013 15:05:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015