#PialaMalaysia | 1991-2000 | ☞ 1991, Johor buat kali kedua - TopicsExpress



          

#PialaMalaysia | 1991-2000 | ☞ 1991, Johor buat kali kedua menjuarai Piala Malaysia mengalahkan Selangor 3-1. ☞ 1992, Pahang juga menjuarai Piala Malaysia buat kali kedua selepas mengalahkan Kedah 1-0. Kedah memasuki final 2 kali beturut-turut, pada tahun 1993 menjuarai Piala Malaysia buat kali kedua mengalahkan Singapura 2-0. ☞ 1994, Final yang tidak boleh dilupakan oleh peminat-peminat Pahang selepas Pahang di benam oleh Singapura 4-0, Piala Malaysia yang ke-24 Singapura dan juara buat kali pertama Piala Malaysia sejak tahun 1980. ☞ Selangor 3 tahun berturut-turut menjuarai Piala Malaysia dari tahun 1995 hingga 1997. Mengalahkan Pahang pada tahun 1995 dan 1997 dengan jaringan sama 1-0, dan pada tahun 1996 sejarah Piala Malaysia tercipta apabila perlawanan diakhiri dengan sepakan penalti selepas Selangor dan Sabah terikat 1-1, dan Selangor berjaya menang melalui sepakan penalti 5-4. ☞ 1998, Perak berjaya menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-6 dan pertama kali dalam masa 18 tahun selepas mengalahkan Terengganu melalui sepakan penalti 5-3 selepas terikat 1-1. ☞ 1999, All Borneo Final buat kali pertama diantara Brunei v Sarawak, Brunei menjadi pasukan Borneo tunggal menjuarai Piala Malaysia selepas mengalahkan Sarawak 2-1. ☞ 2000, Perak berjaya menjuarai lagi sekali dalam masa 3 tahun buat kali ke-7 selepas mengalahkan Negeri Sembilan 2-0. Sambungan Piala Malaysia 2001-2012. | Like ☞ Artzhand |
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 12:40:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015