##Remajamasakini saya sedari, perit remaja mendepani zaman moden - TopicsExpress



          

##Remajamasakini saya sedari, perit remaja mendepani zaman moden ini. Di zaman ini, mereka di belenggu dengan hutang pendidikan. Pendidikan masakini memerlukan modal kewangan yang tinggi dan memerah keringat beban. Fikiran sepatutnya tertumpu untuk memerah idea memaju ideologi pembinaan jatidiri, terpaksa diperah memikir jalan di mana sumber mengumpul dana kewangan . Mereka turut diacah dengan keasyikan ledakan teknologi. Mereka memburu dan sentiasa terburu-buru untuk menampilkan diri dengan wajah pendahulu teknologi. Mereka telah di asyikkan. Berseringan pula dengan corak dunia yang telah di warnai dengan mata duitan, bahawa wang penguasa dunia masakini. Bagi remaja yang berada di lapangan agama, bersengkata fikiran membahas isu sampingan. Membesarkan dan menjadikan titik luas mendebatkan dalam kancah ilmiah. Sehingga luntur dari mereka emas-emas akhlak, santun dan sopan dalam persada ilmu. Cela cerca pada yang lebih alim dan yang lebih menyumbang pada dunia ilmu agama. sehingga terlerai noktah yang patut di titipi agak sampai kepada matlamat utama dunia ilmu. Melahirkan insan yang berakhlak, mempengaruhi ummat, mengesani kehidupan mereka dalam sanubari ummat dan meragai jiwa ummat dengan pekerti yang mereka tampilkan. Dunia zaman ini dengan itu menanti, lahirnya remaja yang bijak dalam merungkai jaringan yang bersarang difikiran. Wang, teknologi dan adab dalam berilmu. Bila lahirnya remaja ini, ummat kegersangan penyejuk kehidupan, pastikan di basahi damai dengan kelahiran mereka. ummat yang tertunggu-tunggu kelahiran remaja yang mengubah kalut hidup mereka, pastikan mengurut dada lega. Ummat yang ternanti-nanti remaja yang melakari wajah kehidupan mereka dengan harmoni bawaan Islam, pastikan meluah rasa syukur gembira. Ketika itu, pastilah ummat kan harmoni, denai-denai sempit mendepa, gerimis hujan membasahi bumi, bahang metari dimendungi awanan rahmat, tangan-tangan ummat banyak yang menadah, dahi-dahi banyak yang sujud, jemari mengisyaratkan kiblat. Tutur-tutur ummat adalah “aku bersaksi tiada tuhan yang di sembah selain Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh allah”. Harmoni,bahagian,damai, tenang ummat di bawangan lembayung Esakan Ilahi.muttaquun dan mukminun bersatu sudud padaNya semata. “jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa,pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi…”(al-a’raaf:96)
Posted on: Wed, 18 Sep 2013 16:45:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015