Salam semua, kami kini dikenali sebagai XOX VAsia dan tidak ada - TopicsExpress



          

Salam semua, kami kini dikenali sebagai XOX VAsia dan tidak ada kena-mengena dengan XOX OneTelco dan seumpamanya dan kadar panggilan yang ditawarkan oleh kedua2 entiti adalah berbeza. Rate yang ditawarkan ialah 15 sen/minit kesemua talian telco (sama seperti rate asal Salamfone) dan 5 sen/minit untuk panggilan singkat dibawah 10 saat. Pelanggan kami akan mendapat tempoh sah/validity selama 28 bulan dan 150 sms percuma dari XOX ke XOX untuk 12 bulan yang pertama jika membuat topup RM10 dan keatas untuk topup kali pertama. Sesiapa yang berminat untuk port-out boleh berikan butiran seperti nama penuh, no kad pengenalan semasa mula2 mendaftar, alamat, nombor telefon yang hendak dikekalkan dan nombor telefon alternate (contohnya nombor rumah) ke sannahhelwah@gmail. Kami akan mengenakan sedikit caj untuk tujuan pos dan sim. Didalam sim akan siap tersedia RM5 dan pemprosesan akan mengambil masa dalam 3 hari hingga seminggu. Pengguna2 Salamfone pelan Ummah dan dari CUG2 yang lain juga amat dialu-alukan untuk berhijrah ke pelan kami. Kami akan cuba memberi yang terbaik dan akan cuba update perkembangan terbaru dari semasa ke semasa. Features2 baru juga akan diperkenalkan dari semasa ke semasa dan diharap kesinambungan telco berkonsepkan Shariah dapat kami terapkan dalam XOX Vasia. Kami bagi pihak pengurusan VAsia ingin memohon ampun dan maaf bersempena di Aldilfitri ini jika ada tersalah dan silap. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari kekurangan kami sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. semata. Kami akan tetap berdiri teguh dan akan cuba untuk memperbaiki servis dan pelan kami walaupun tanpa Salamfone. Doa anda semua amat bermakna untuk kami di Vasia. Jazakumullahu Khairan Kathira.
Posted on: Wed, 14 Aug 2013 17:49:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015