Saya menyeru kepada para perwakilan UMNO Bahagian Gopeng perlu - TopicsExpress



          

Saya menyeru kepada para perwakilan UMNO Bahagian Gopeng perlu lebih teliti dalam pemilihan bagi mendapat seorang Ketua Bahagian yang terbaik. Kita tidak boleh lagi memandang ringan tentang pemilihan seorang Ketua Bahagian. Lihatlah….. apa yang telah berlaku….. apa yang telah kita lalui… apa yang telah kita rasai. Sama2lah kita hayati… insafi…. dan harus kita sedari…. Kecenderungan sekian lama oleh semua perwakilan yang memilih Ketua Bahagian mereka berdasarkan kumpulan yang mereka yakini bukan atas calon Ketua yang bertanding telah menyebabkan kredibiliti seorang calon Ketua lebih disandarkan kepada kredibiliti kumpulannya. ‘Kekuatan’ yang terbentuk pula bergantung kepada individu2 tertentu yang berada di dalam kumpulannya dan bukan atas khidmat baktinya……… Jadi apa yang mereka sering lakukan hanyalah dengan berbuat ‘sesuatu’ agar tetap mendapat ‘perhatian’ beberapa orang yang berpengaruh untuk terus mendapat pencalonan sebagai calon Ketua Bahagian……. Inilah yang menjadi punca masalahnya….. Di sini saya berpendapat, ia akan memberikan suatu ruang yang cukup besar untuk seorang calon ketua yang tiada wawasan ini mendapat tempat dan kedudukan walaupun mereka tidak langsung berada di hati para perwakilan. Dan ini jugalah rasanya salah satu sebab yang memungkinkan berlakunya ‘politik wang’ dalam pemilihan Ketua Bahagian. Bagi mereka yang ‘busuk’ ini adalah lebih mudah menggunakan wang untuk mempengaruhi perwakilan2 daripada menonjolkan khidmat baktinya di kalangan perwakilan dan juga ahli2 UMNO. Apabila menang ketika pemilihan, mereka mengaut untung melalui kedudukan dan status sebagai Ketua Bahagian. Kemudian wang itu ‘dilaburkan’ sedikit untuk mendapat sokongan berterusan. Akan datang mereka tercalon lagi dan mengaut keuntungan, lalu melabur lagi… Begitulah berulang kali jika para perwakilan tidak mengubahkannya….. Anda harus tahu….. andalah penentunya….. JANGAN BIARKAN IA BERULANG LAGI….. Kedudukan dalam Bahagian bukan lagi dilihat sebagai amanah untuk berbakti tetapi sebagai pelaburan untuk menguntungkan peribadi. Bagi mereka, jawatan mungkin dilihat sebagai entiti perniagaan di mana kuasa digunakan untuk menjana keuntungan… ‘WAJAH’ calon yang ditatang pada musim pemilihan ini bukan wajah calon yang sebenar. Ramai yang hanya mengenal namanya sahaja. Pada mereka itu sudah sinonim dengan kebaikan yang kerap diwar2kan dan dilaung2kan. Tidak kiralah siapa orangnya, asalkan nampak ‘baik’ rupanya. Jadi apa harapan saya? Harapan saya ialah para perwakilan mesti berbuat sesuatu untuk memastikan agar ‘musang berbulu ayam’ ini tidak memenangi bukan untuk kali ketiganya tetapi janganpun buat kali pertamanya! 8 tahun adalah terlalu panjang untuk membiarkan Ketua Bahagian sebegini bermaharajalela. Tanpa minda dan pengertian yang tepat, seseorang itu hanyalah seperti ‘burung kakak tua yang pandai bercakap’ sekalipun telah dinobatkan sebagai Ketua Bahagian. Burung kakak tua hanya pandai bercakap kerana ia dilatih untuk menurut apa yang diperkatakan tanpa memahami pengertiannya. Keadaan yang sama boleh berlaku bila seseorang menjadi ketua tetapi tidak memahami langsung erti, nilai, etika dan kriteria kepimpinan. Tempoh untuk dinilai telahpun TAMAT….TITIK…….. Tiada lagi peluang kedua kerana masuk ini dah nak mencuba yang ketiga….. ingatkan diri masih muda…. Rupa2nya tak sedar diri dah tua…… Harapan dan pesanan seorang perwakilan.....
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 19:59:55 +0000

Trending Topics



-height:30px;">
Im in eighth grade practically one of the hardest junior high
Im genuinely very sad - a close personal friend, a Christian, has

Recently Viewed Topics




© 2015