Secara terus terang saya tidak bersetuju, dan tidak akan bersetuju - TopicsExpress



          

Secara terus terang saya tidak bersetuju, dan tidak akan bersetuju dengan langkah kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam PTPTN dengan menyenaraikan mereka ke dalam CCRIS - yang akhirnya akan menyebabkan mereka disenaraikanhitamkan dalam apa jua bentuk pinjaman. Saya setuju dengan Khairy Jalaluddin dan amat bersetuju dengan bantahan beliau. Tidak terfikirkah oleh pemimpin bijaksana dalam kementerian dan panel pemikirnya bahawa penyenaraian hitam ini akan menyebabkan golongan muda ini akan terus tidak membayar. Jika tidak dapat bekerja, mereka akan berniaga. Dan jika bekerja sekalipun, mereka memerlukan kenderaan. Dimanakah mereka akan memperoleh wang jika segala-galanya dihitamkan dan modal pun dinafikan. Begitu juga dengan pengguna kad kredit. Saya tidak fikir penghitaman dan penyenaraian kepada CCRIS dan CTOS adalah jawapan. Sebaliknya kerajaan boleh memikirkan mekanisme lain - termasuk menyenaraikan mereka ke dalam bentuk skim pembayaran balik yang tidak membebankan bagi memujuk mereka membayar balik. Itu adalah mekanisme terbaik. Tidak membayar balik seperti saranan pihak sebelah, tidak pula saya setuju kerana ia mendidik golongan muda melanggar akujanji. Kalau mereka dilatih sebegitu, maka masa depan mereka juga akan hitam kerana telah dilatih begitu. Kesimpulannya, keputusan kerajaan itu adalah tidak bijak, tidak cerdik dan dangkal. Gunakan panel pemikir dan bijak pandai yang begitu banyak di kementerian untuk memikirkan mekanisme lain. Mungkin biarkan mereka bekerja terlebih dahulu, dan laksanakan pemotongan terus melalui majikan (sekadar cadangan kerdil dari pacal yang hina).
Posted on: Tue, 20 Aug 2013 12:10:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015