Sedang aku bersiap siap nak gi Masjid Kg Gelam untuk solah fardhu - TopicsExpress



          

Sedang aku bersiap siap nak gi Masjid Kg Gelam untuk solah fardhu asar berjemaah di sana, tiba tiba aku mendapat panggil kecemasan ; "Medic tanjung, sila respon kes unconscious di jalan menghala ke pantai Kundur, pemanggil sudah memanggilnya beberapa kali, dia tak menyahut..sila respon dengan segera.." Alamak, unconscious pulak dah..hehe.. Terus cancel nak gi masjid, salin seluar dan T-shirt, dan terus call abg driver untuk respon kes..^_^ Alhamdulillah, beberapa minit kemudian tiba di rumah pemanggil..kelihatannya, sudah ramai orang berada di perkarangan rumah tersebut.. Aku terus meminta izin untuk melihat mangsa tersebut.. Dari jauh aku melihat satu jasad yang tenang wajahnya, kemudian terus aku meminta lampu suluh, check pulse kat leher dia, check reaksi mata.. "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.." Aku berkata kat ahli keluarganya, "mulia arwah ini, kerana meninggalnya ia di awal Ramadhan yang dilimpahi rahmat dari Allah.." Mereka kelihatannya tenang menerima pemergian arwah ini.. Kemudian aku memberitahu prosedur untuk memudahkan pengebumian arwah.. Setelah itu, aku minta izin untuk pulang..^_^ Hari pertama Ramadhan, Allah sudah tunjukkan aku satu kisah keinsafan, sesungguhnya setiap manusia akan mati, yang membezakan bagaimana kematiannya dan bagaimana kedudukannya di sisi Allah di saat itu..T_T
Posted on: Wed, 10 Jul 2013 10:14:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015