Semua benda korang condemn. Takde apa yg betul pd mata korang. - TopicsExpress



          

Semua benda korang condemn. Takde apa yg betul pd mata korang. Asal jadi apa2 je, salah goverment lh. Salah orang tu lh. Salah org ni lh. Dont you ever thinking, Malaysia ni negara kita. Kita yg patut jaga sama2. Be considerate lh sikit. Polis, tentera n etc2 tu pun manusia. Yang korang duk hina dan maki mereka tu kenapa? memang lh tugas mereka menjaga keselamatan. Tp tugas kita jugak lh utk sama2 memberikn kerjasama. Jangan pandai tunding jari je. Sebelum nk marah2 or mengata hina orang lain. Tanya diri kita dulu, do we really good enough to do that? Kita dh melaksanakn tanggungjawab kita as rakyat Malaysia secukupnya ke? Tak salah menegur, if niatnya baik. Tp jadi annoying bila korang bkn niat nk menegur utk kebaikkan tp sebaliknya menyindir, memalukan, merendah2kn, menghina dan memburukkn semata2 sbb korang tidak suka pihak terbabit. Semata2 utk puaskn hati korang kerana dpt menghentam mereka. Do you really think your actions describe the maturity of independent citizen? Do you really MERDEKA? Yang lebih menghairankn, kebanyakkn yg bercakap menghentam dan menghina tu, takde substance pun dlm hal2 yg dibicarakn. Mereka takde kelayakkn pun nk mengkritik or mghina sbb mereka tak pernah melakukan perkara yang org lain lakukn tu. Jadi bagaimana mereka tahu tentang susah payah atau jerih perih yang dilalui oleh org yg mereka hina tu? Tidak ada apa yg sempurna dalam dunia. Tidak korang, tidak aku, tidak mereka. Jadi kenapa? Kenapa perlu melampiaskn ketidakpuasan hati korang pada mereka. Apa sebenarnya salah mereka secara peribadi pd korang? Korang sebenarnya bkn marahkn mereka, tetapi pada pihak yang korang rasa mereka sokong, bukan? Maka korang mengambil jalan ini utk melepaskn rasa yg trbukudlm hati kalian. Bila sudah benci, apa saja yg dilakukn takkn terlihat baik pd biasan mata. Persoalannya, dalam pelbagai perkara positif yg dilihat dan dipertontonkn, kenapa hanya perkara negatif yg korang besar2kn? Dalam segala kebaikan dan kemurnian yang cuba dibentangkn, kenapa hanya kuburukkn dan kesilapan yg korang perkatakn? Kerana korang benci pihak tersebut kn? Kerana korang merasakn korang lagi bagus dari mereka kn? Kerana ini peluang keemasan utk korang memalukn mereka kn? Aku tak tau makna merdeka itu. Cuma apa yg aku tau, kita rakyat Malaysia. Kita punya pendapat dan pegangan yang berbeza. Bukan aku tidak boleh menghentam atau mghina kalian. Boleh. Cuma aku pilih untuk tidak melakukannnya. Kenapa? Kerana aku tidak mahu menjalani hidup seperti kalian. Aku mahu menerima perbezaan walaupun aku tidak bersetuju. Aku mahu terbuka dengan ideologi dan pendapat kalian walaupun aku tidak menyokongnya. Aku mahu belajar menghormati. Kerana hanya dgn hormat mghormati, aku rasa kita akan menemui keamanan yang kita cari. Aku mahu kita sama2 merdeka walau dalam kepelbagaian. Tidak apa andai korang tidak bersetuju. Tetapi hormatilah orang lain. Tidak apa andai korang berbeza haluan. Tapi lapangkanlh hati menerimanya. Tidak apa andai punyai persepsi sendiri. Tetapi terbukalh memahaminya. Pilihlah untuk tidur setiap malam dalam ketenangan hati tanpa benci dan dendam. SELAMAT HARI MERDEKA !!!!
Posted on: Sat, 31 Aug 2013 00:56:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015