Tahukah anda, khutbah jumaat di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi - TopicsExpress



          

Tahukah anda, khutbah jumaat di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi memang Osem! Semua golongan disentuh dalam khutbah. Khatib memang sempoi belasah kaw2 peniaga kat luar masjid yang syok kaut keuntungan. Tak tahulah mcm mana muka2 peniaga kat luar. Insaf kot. Topik asas khutbah tadi tentang Muhasabah di Bulan Zulhijjah. Point khatib mudah saja. Cuma huraiannya sangat mantap. Perkongsian hadith Nabi SAW sangatlah memberi kesan. Perihal keadaan penyakit berjangkit yang berlaku disebabkan berleluasanya zina. Juga berkaitan dengan zakat. Ada yang cakap 2.5% nak zakat tu banyak. Penat saya bekerja dapatkan duit. Suruh la orang-orang tu bekerja. Kemudian, khatib bantai orang-orang yang macam ni. Seterusnya tentang keadaan umat Islam yang berpecah belah walhal perbalahan melibatkan perkara cabang. Khatib beri contoh soal qunut. Ada yang kata wajib buat, ada yang kata tak perlu, sebab ia sunat. Khatib cakap nak buat, buatlah, taknak buat tak perlu buat. Kemudian, tentang kedudukan tangan selepas takbiratul ihram. Ada yang kata dipusat, ada yang kata di bawah dada, ada yang kata didada. Bergaduh sesama sendiri. Wahabi bergaduh dengan Sufi. Akhirnya datang Syiah jamakkan semua solat 5 waktu. (masa khatib cakap macam ni, memang aku tergelak la. haha). Khatib sentuh tentang Syiah di Malaysia yang semakin berani zahirkan diri mereka. Bawa batu dari karbala ke masjid2 semasa solat, kemudian Khatib berkongsi kisah kawan bapanya yang merupakan salah seorang Syiah tegar di Malaysia. Kini bapanya nak doktrin anak2nya untuk masuk Syiah. Terus khatib sebut mengenai huraian hadith Nabi berkaitan hukum-hukum Allah tidak ditegakkan. Beliau minta para pemimpin Malaysia ikut Negara Brunei yang secara terang mahu menegakkan hukum syariat Islam di sana. Sambung lagi, khatib menyebut pula ada para agamawan yang menjual agama untuk kepentingan diri sendiri, untuk jaga periuk nasi. Beliau sebut 3 golongan yang paling awal dimasukkan ke dalam neraka adalah pemimpin, para ulamak (ulamak jahat) dan lelaki yang berpoligami. Dihujung khutbah pertama khatib merayu kepada para jemaah bermuhasabah dan beristighfar. Cuma yang aku pelik, khutbah bersemangat macam ni pun ada yang tidur. Adui la.. Korang nak khutbah yang macam mana lagi? Tolonglah berubah.. K nak kongsi tu je. Bai..
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 07:40:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015