Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman dan mempunyai - TopicsExpress



          

Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman dan mempunyai dua bahagian iaitu usus besar dan usus kecil. Panjang usus besar kira-kira 1.5 meter, berbeza di kalangan setiap individu. Kanser ini sering dialami penduduk di negara maju dan membangun. Di Malaysia, penyakit ini sering menyerang dan mencatat tangga ketiga jenis kanser yang kerap dihidapi penduduk. Mengikut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan, anggaran 10.4 daripada 100,000 penduduk boleh mendapat kanser usus besar. Di negara ini, tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India mempunyai risiko sama besar untuk terdedah kepada kanser usus. Bagaimanapun, kanser ini lebih banyak dihidapi masyarakat Cina. Pengambilan makanan yang hampir sama dengan negara maju dipercayai menjadi punca penyakit ini. Di negara maju, kekerapan mendapat kanser usus akan meningkat selepas usia 50 tahun tetapi di negara kita, mereka yang berusia 40 tahun ke atas terdedah penyakit ini. Risiko mendapat kanser usus bagi lelaki dan wanita lebih kurang sama tetapi kanser yang menyerang bahagian rektum lebih banyak dihadapi wanita. --hairani--
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 08:07:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015