(Wow....kerana anggap tiru RM, boleh kena bawah kanun acara - TopicsExpress



          

(Wow....kerana anggap tiru RM, boleh kena bawah kanun acara jenayah! Pakai pesawat eksekutif kerajaan pi shopping, kira kanun acara liburan...:) Pelakon wanita Lim Ching Miau yang berlakon sebagai “Mrs Jit” dalam video kontroversi Onederful Malaysia CNY 2014 dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, untuk memberi keterangan esok. Saya dipanggil di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah untuk memberi kenyataan kepada polis pada jam 2 petang, katanya Ching Miau. Mrs Jit - pakar feng shui dalam video itu digambarkan sebagai wanita gemuk berambut tebal yang menyukai barang kemas dan beg tangan. Watak-watak lain adalah Brother Wai - seorang lelaki yang mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; dan Cik Yan Yan - pakar dalam pelancongan dan feng shui. Watak-watak tersebut memberikan nasihat melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia . Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan harta tanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular. Walaupun tidak secara langsung, penonton video yang diterbitkan MP Seputeh, Teresa Kok mungkin mengaitkan watak itu dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah dan laporan pembelian pangsapuri oleh Riza Shahriz Abdul Aziz di New York bernilai RM100 juta. Tidak, saya meniru Lydia Shum (seorang pelakon dan pelawak Hong Kong), dan saya tidak tahu kenapa watak itu dikaitkan dengan Rosmah. Saya ingatkan saya kelihatan seperti Lydia. Saya sudah menonton lakonannya sejak saya kanak-kanak lagi, kata Ching Miau.
Posted on: Mon, 10 Feb 2014 06:45:33 +0000

Trending Topics



ttp://www.topicsexpress.com/american-cash-advance-wornall-topic-676992102315085">american cash advance wornall
***ENVIA LA PALABRA "SABADO" AL 714.920.9936 PARA RECIBIR TU
Kyle Wishes To Walk ShowJumping Competition Markree Riding
The Counterfeit Check has arrived. See the impatient email from
HANDWRITING ON THE WALL!! By Emmanuel Sam A mad woman today
Please is kahani ko dhayan se padhe or comment karke jrur btaye
6h45, mon réveil à sonné. Jai bien dormi, ma sieste dhier
INTERVIEW WITH Canada’s Citizenship and Immigration Minister,
►►►►► TOP ONLINE INVESTMENTS ◄◄◄◄◄ MS

Recently Viewed Topics




© 2015