assalamualaikum. terkadang rasa diri ini kerdil. terkadang rasa - TopicsExpress



          

assalamualaikum. terkadang rasa diri ini kerdil. terkadang rasa diri ini lemah. sungguh. dugaan yang hadir berjaya menggoncangkan segala sisa kekuatan yang cuba dipupuk di dalam diri. mujur ada dia. saat diri membaca warkah yang dia katakan itu. hati terasa sayu. hati ini juga berharap begitu. air mata bercucuran kerana diri ini tahu, dia juga berperasaan begitu. seperti warkah itu. insyaAllah. akan ku cuba memperbaiki diri. akan ku terus mencari iman dihati akan ku cuba menjadi muslimah sejati. itu juga janjiku pada dia. dia juga bejanji yang sama. menjadi mujahid impiannya. dia memberi semangat kala diri ini kelesuan menghadapi kuliah-kuliah yang silih ganti bertandang. dia meniupkan kesabaran dikala hati ini di duga cubaan Tuhan. dia menyejukkan hati disaat amarah menguasai diri. begitu banyak kelebihan dia, begitu banyak kekurangan diri ini. kata dia, manusia diciptakan untuk saling melengkapi. masing-masing juga tidak sempurna. jadilah sesempurna mungkin dihadapan mata Ilahi. ♥ insyaAllah buat dia, kata-kata dia setiasa diri ini ingat dihati :)
Posted on: Mon, 23 Sep 2013 11:02:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015