Siar nama pemilik premis makanan kotor SM Mohamed Idris, Presiden - TopicsExpress



          

Siar nama pemilik premis makanan kotor SM Mohamed Idris, Presiden CAP, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memuji langkah pihak berkuasa kesihatan kerana mengambil langkah tegas menutup premis makanan yang kotor di negeri ini. Bagaimanapun CAP merasakan pihak berkuasa perlu juga menyiarkan nama-nama premis makanan kotor ini dalam semua media cetak dan elektronik sebagai langkah pencegahan terhadap pengendali makanan yang degil daripada melakukan kesalahan yang sama. Setiap tahun lebih daripada beribu kesalahan direkodkan. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi. Kita perlu mensasarkan kesalahan sifar. Untuk langkah yang lebih berkesan ke arah premis makanan bersih, CAP menggesa pihak berkuasa supaya: - Mewajibkan semua pengendali makanan menghadiri kursus pengendalian makanan setiap tahun. - Mewujudkan talian 24 jam untuk orang ramai menghubungi dan mengadu jika mereka mendapati mana-mana premis atau pengendali makanan yang kotor. bm.harakahdaily.net/index.php/letter/20705-siar-nama-pemilik-premis-makanan-kotor
Posted on: Fri, 12 Jul 2013 11:30:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015