Allah yang memenangkan.... Semenanjung Gaza yang tersepit dek - TopicsExpress



          

Allah yang memenangkan.... Semenanjung Gaza yang tersepit dek kepungan regim Israel dan diikuti pula oleh penutupan Rafah Gate oleh regim Mesir (setelah penggulingan Morsi), kini diserang bertubi-tubi oleh tentera Israel sejak pagi 1 hb November 2013 baru-baru ini. Gaza telah diserang daripada udara, laut dan juga serangan darat sejak 48 jam yang lalu. Sehingga kini seramai 5 orang penduduk Gaza telah syahid, manakala pihak Israel mengakui bahawa seramai 5 orang tenteranya telah dicederakan oleh Briged al Qassam Hamas di Gaza. Miski pun regim Israel menyerang dengan peralatan ketenteraan yang canggih, mereka belum berjaya mengesani destinasi strategik yang dirancang. Bahkan kejayaan Briged al Qassam mencederakan tentera elit Israel itu adalah satu kejayaan yang besar. Lebih mengejutkan apabila diberitakan sebentar tadi apabila roket al Qassam yang serba sederhana ini (harganya hanyalah USD 800 seunit jika dibandingkan dengan dome Israel (alat penangkit roket Israel yang berharga USD 50,000 seunit) telah berjaya menjatuhkan mini-drone Israel (pesawat mini tanpa juruterbang) di utara Gaza beberapa jam yang lalu. Ini adalah satu tamparan yang cukup hebat kepada regim Israel yang dikenali memiliki peralatan ketenteraan yang paling canggih di Timur Tengah. Mereka akan membayar dengan harga yang sangat mahal sekiranya masih bernafsu untuk menumbangkan kekuatan rakyat Palestin. Subhanallah, alhamdulillah, allah akbar... Contoh Drone IDF (Israel Defence Force).
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 13:25:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015