Bismillah. Tip Raya supaya tidak membazir dan menyesal selepas - TopicsExpress



          

Bismillah. Tip Raya supaya tidak membazir dan menyesal selepas raya. 1. Beraya mengikut apa yang wajib dan sunnah sahaja. 2. Tidak perlu ikut budaya orang lain, sekiranya kita tidak mahu habis duit banyak, ataupun kita mahu mengurangkan kos sara hidup. Contoh Alhamdulilah, kami sekeluarga tidak menyediakan kuih raya untuk tetamu yang hadir ke rumah saya. Kerana ianya tidak haram. Kami juga tidak menghias rumah, terutama membeli sofa, langsir, bekas-bekas kuih raya dan sebagainya. Buat yang wajib, supaya selepas raya masih boleh beraya dengan duit yang masih ada. Selepas hari raya, banyak keluarga yang sudah pokai, sekiranya seorang individu itu terus menerus berbelanja dengan cara yang sama, hasilnya juga sama, contohnya duit habis setiap kali kedatangan raya. Dalam Islam, kedatangan Ramadhan adalah digalakkan secara serius supaya hamba Allah mengandakan perbelanjaan masa untuk beribadat, Solat terawih, berzikir, solat malam, dan banyak lagi amalan sunat. Perbelanjaan duit yang digalakkan sewaktu raya, adalah bersedekah, dan memberi orang lain makan untuk berbuka puasa. Habiskan duit untuk bersedekah pada bulan Ramadhan lebih bagus berkali ganda berbanding habiskan duit untuk menghias rumah, membeli kereta baru, dan pelbagai hiasan lain. Hari raya adalah hari kemenangan di atas kejayaan setiap individu berperang dengan nafsu & riak sewaktu bulan Ramadhan, sama ada mahu memilih jalan Allah ataupun jalan Nafsu. Malaysia | Shamsuddin Kadir
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 23:49:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015