Confession #552 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam - TopicsExpress



          

Confession #552 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam Ceria, Salam UNIMASku Sayang dan Salam 1 Malaysia.. Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan Jutaan, Jutaan TERIMA KASIH kepada semua yg turun mengundi untuk pilihanraya Kampus UNIMAS sebentar tadi.. Alhamdulilah syukur kepada ALLAH SWT kerana saya dipilih oleh warga FSS untuk menjadi wakil mereka dalam Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS..Sesungguhnya saya akui Sokongan padu daripada para pelajar FSS amat menginsafkan saya dan membuat saya sedar akan amanah dan tanggungjawab yang berat ini... disini saya ingin menyatakan bahawa saya akan berusaha sehabis mungkin untuk memastikan Strategi Lautan Biru UNIMAS yang saya perjuangkan itu menjadi realiti tapi andai kata usaha saya tidak berjaya, saya akan pastikan yg saya akan menjadi Seorang pemimpin yang bukan sahaja memimpin anda tapi memimpin dan Bekerja untuk ANDA kerana saya akui itulah tugas hakikat saya sebagai seseorang yg dipilih oleh pelajar. Disini sekali lagi saya ingin mengucapkan berjuta-juta terima kasih pada semua yg turun mengundi, kepada sahabat-sahabat saya yang sama-sama menjadi calon, saya Tabik Hormat kepada anda kerana sudi bersama-sama saya dalam menjayakan pilihanraya kampus perlawanan 3 penjuru...akhir kata... Mari bersama-sama saya, kita bawa nama UNIMAS bergerak menuju wawasan dan bersama-sama kita Memangkin Profesionalisme Mahasiswa... TERIMA KASIH SEMUA :)
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 15:19:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015